Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Wednesday, November 28, 2012

Iphone 3gs masuk air

Assalamualaikum,

Dugaan sememangnya boleh terjadi pada siapa-siapa pun. Dugaan yang paling "syiok" ialah dugaan yang melibatkan benda yang paling kita sayang. Itulah yang terjadi dekat aku baru baru semalam. Iphone 3gs yang baru dimiliki tak sampai 4bulan telah diuji dengan pencerobohan dari air hujan. hahaha.. Akhirnya Pak cik google menjadi tempat untuk mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah.

cari punya cari.

Jumpa la beberapa kaedah bagi alat elektronik yang dimasuki air. Antaranya ialah menanam di dalam beras. Baru aje aku letakkan dalam timbunan beras. (boleh ke?). haha. Madahnye perlu tunggu seberapa lama yang boleh utk lembapan air pada iphone aku tu terserap oleh beras beras yang ade.

Keputusannya

Belum lagi, masih menunggu................ :D

Kalau hantar ke kedai ni mau harga macam beli baru woooo... so better kita guna kaedah ape yang patut. sayang gile gile gile ngan iphone ni. Sampai takde mood nak g kelas.. EXTREME "sangat" kesedihan tu. ha ha.

Baiklah, akhir kata setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaian, cuma kita je yang perlu mencari jalan tersebut. Amboi sedap betul orang yang cakap ni kan. Takpe, itu motivasi namanya. khannn? :p

Tuesday, November 27, 2012

Bersabarlah Saudaraku Di Gaza

Assalamualaikum,

Harap-harap belum terlewat lagi untuk aku menulis blog tentang apa yang sedang berlaku di GAZA, Palestin baru-baru ni. Untuk ke berapa juta kali sudah Palestin terutamanya di Gaza diserang begitu rakus oleh ZIONIS laknatullah! Sungguh rasa sebak hati ini tatkala melihat kanak-kanak dan wanita-wanita dijadikan sasaran kekejaman mereka. Dosa mereka sepertinya tiada, cuma mereka inilah yang menjadi kegerunan zionis-zionis yahudi. Masakan tidak, seawal usia 2 tahun sudah ada yang menjadi AL-Hafiz. Sedangkan seusia begitu sudah menjadi seorang yang bernilai, apatah lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. Itulah sebenarnya yang digeruni oleh tentera zionis. 

Zionis Bangsa Pengecut! Bacul!

Pada awalnya, tentangan di Malaysia juga tak kurang hebatnya. McDonald yang terkenal dengan sokongan penuh kepada tindakan Zionis menjadi sasaran utama buat warga di Malaysia. Kegusaran mereka tampak pabila cuba meraih pengaruh kembali melalui pemberian burger free bebarapa hari selepas kejadian boikot besar-besaran. Sedihnya, masih ada yang tidak mampu untuk menolak pemberian berunsurkan "give and HOLD". Ketaksuban rakyat marhain terhadap pemberian percuma ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi tidak sensitif tentang apa yang berlaku di Palestin walaupun TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG SATU SEN pun kepada Mcdonald namun itu sudah cukup menunjukkan bahawa isu ini cuma akan menjadi hangat-hangat tahi ayam seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini. Tiada Istiqamah!

Dan sudah terbukti,

Seketika telah termetrai perjanjian genjatan senjata di antara Hamas dan Zionis, ramai rakyat Malaysia kembali melanggan di McDonald dan sebagainya. Seolah-olah boikot hanya cuma berlaku pabila GAZA disembelih sahaja. Dan kemudian, lupakan saja?. Ketahuilah, ZIONIS TIDAK AKAN BERHENTI MEMBUNUH!

"Saudaraku di Malaysia, tanah di Gaza ini tanah kalian jua".

Aku malu..

Apa yang ku dapat bantu cuma untuk mengingatkan sahabat-sahabat, ahli keluarga, adik beradik, jiran-jiran. Usahlah kita melupakan saudara kita di sana. Doaku sentiasa bersamamu, saudaraku. Terkadang aku rasa cemburu dengan kalian, kalian mampu untuk Syahid. Tapi tidak aku. Di mana tempatku di sisi-Nya. Aku masih tak tahu.

Gaza.. Gaza.. Gaza... I truly believe, Palestina will be free.. Palestina will be free...

Tuesday, October 9, 2012

Muhasabah diri

Asalammualaikum kalian,

 Rasanya dah memang dah berkurun tak diupdate blog ni kan. Bukan ape, terlalu lalu lalu lalu lah bizi nya dengan kerja dan kerja dan kerja. So, sekarang ni pun dah start ada kelapangan sedikit. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di bumi tuhan ni.

Terdetik hati ini nak menulis kekusutan di hati. Masakan tidak, bukan sekadar keciwa, malah pilu terasa. Tatkala manusia semakin alpa, solat yang mampu jauhkan diri dari maksiat sudah tidak tegar mengisi hawa nafsu yang membokak bokak. Mungkinkah tiada kerahmatan dari solatnya itu. Tapi mengapa?.

 Aku bukan lah si alim ulama yang pantas membiacarakan tentang akhlak, mahupun hukum hakam. Dan tiadalah sempurna juga amalanku. Kelak kesedaran ini sentiasa memacu diriku. Terkadang aku tidak tahu, dengan siapa harus aku mengadu. Yang tampak berilmu agama, sedang kosong tulus tinta tunjak. Ku bercakap dari sudut pengalaman.

 Lebih kedu kudus ini pabila natijah manusia yang seumpama tidak kenal paluan mungkar nakir kelak. Di laman-laman sosial, facebook khususnya menyampaikan pelbagai peringatan untuk diri. Sedang tubuh badan melonjak mencebis api neraka, apakah semua itu dusta, ataupun sememangnya jiwa mahukan pada fitrah, tetapi fitrah tak sekuat hawa dalam diri.

Perlahan aku membicarakan. sayu untuk aku luahkan. pada siapa harus aku berpalih. Sedarlah aku, bahawa manusia tidak sempurna, dan sempurna itu hanya tuhanku.

 Ya Allah, lindungilah kami. Lindungi lah kami.. lindungilah kami.. dari perbuatan yang mencemar kemurkaanmu. Ampunkan kami.. :(

Thursday, July 26, 2012

KS Crew Promo Ramadhan 2012 (VIDEO)

Assalamualaikum kalian,

Sebelum ni aku ada post entri bertajuk aku seorang pengemis. Akhirnya kelahiran video pendek pertama dari Geng KS dalam menjayakan promo Ramadhan 2012 telah terhasil. Video yang hanya berdurasi 1.47minit merupakan suatu kejayaan pertama mereka dalam pembikinan video.

Semoga video ini memberi manfaat walaupun sedikit.

KS Motion Picture promo Ramadhan 2012

Terus terang masih ada banyak perlu diperbaiki. Tetapi jangan pula kerana sedikit kekurangan yang ada pada video ini melenyapkan jutaan semangat dalam diri anda semua. Aku tak sabar menantikan hasil produksi dari KS Motion Picture yang lain.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. (Suara mahal)

Friday, July 20, 2012

Berjimba bersama Classmate

Assalamualaikum Kalian,

Mempunyai kawan-kawan yang segila korang mesti rasa seronok kan?. Yang paling takleh blah bila kawan kita yang nampak nerd, skema, tetiba buat something yang gila-gila. Mau tak terkejut? tergugat den selaku pelajar TOP dalam subjek student bermasalah di kolej gua.

Berhibur tak salah, yang salah bila kita berhibur dengan benda yang salah. :P

Petang tadi selepas kelas, kami bertiga memacu laju motor keluar ke kolej untuk urusan penting. Itu nawaitu sahaja, last-last jadi berfoya-foya. 3 aktiviti yang kiteorang layan hari ni:

                1)   Lepak gerai nasik ayam penyet dekat seksyen 3 Bangi, 
                      belakang petronas (serius sedap nasi ayam penyet die).
                2)   Main Bowling dua round dekat MetroPoint Kajang.
                3)   Main snooker (walaupun gua tak reti)

Yang paling best antara yang terbest antara 3 aktiviti tu cuma boling, sebab AKU MENANG ROUND KE-DUA! kehkehkeh. Walaupun cuma dapat Strike pada akhir game, alah yang kalau dapat strike, ada tambahan shot untuk strike tu. Macam gaji bonus la. huahuahua~

Keluar dalam pukul 1, selesai segala urusan dekat pukul 6.30petang. Itupun kalau ada sedikit masa lagi ingat nak layan movie Batman: Dark Rise sekali. Tapi apakan daya, masa meragui kita. ecece~

adoi takde pulak gambar classmate aku ni, pemalu kononnya. HaHaHA!!

Pulanglah kami ke tempat asalnya. >_<

Ini bukti gwa telah berjaya mendominasi game ke-2. HoHo

Lepas ni kalau ada masa lagi tak teragak-agak nak lepak main boling lagi. Dah tau teknik, okay la sikit banding dengan first game sebelum ni. 

Biar masuk longkang, jangan mulut macam longkang. weee~

Sekian dari aku, jaga diri, jaga mulut, jaga hati, hindari maksiat. Pesanan ikhlas dari aku, painapple@ban jangan pandu laju-laju, bayangkan EIGHT BALL depan anda. LOL!.

*EIGHT BALL : game snooker, kalau masuk, terus kalah, GG!

p/s: dah mula suka main boling. (^^.)

Wednesday, July 18, 2012

Aku hanya seorang pengemis

Assalamualaikum kalian,

Ramadhan semakin hampir, pastinya peniaga-peniaga bazar sedang bersiap sedia untuk bertarung habis-habisan dalam mencari rezeki tatkala tibanya bulan RAMADHAN AL-MUBARAK.

Sempena bulan ramadhan juga akan adalah iklan iklan tv yang menarik, seperti iklan kurma terfemes walaupun kekadang aku rasa annoying jugak, iaitu yuusooff taiiyoob~~ bisikan syahdu ke telinga pujukan mesra untuk membeli kurma keluaran beliau. kehkehkeh

Krew Kaki Skodeng (KREW KS) juga tidak terkecuali dalam membabitkan diri bagi memeriahkan suasana ramadhan kali ini dengan projek pembikinan video pendek bermula semalam. Aku antara extra pelakon yang terlibat. Walaupun scene cuma sekejap, tetapi banyak pengalaman yang dapat aku rasakan.

Akur aku sebagai seorang pengemis jalanan.~~

Dari situ aku telah belajar something, macam mana perasaan pengemis-pengemis, dan paling aku rasa terharu pabila ada yang sanggup memberikan derma dikala keadaan yang boleh dikatakan semuanya mahu cepat ke destinasi masing-masing. (tapi aku bagi balik la duit yang dia bagi tu, gila kau nak amik, berlakon je kot). =_="

Masih ada harapan untuk dunia ini walaupun yang tinggal hanya seorang manusia yang berhati mulia.

Satu gambar sahaja dibenarkan untuk aku paparkan kerana nanti bimbang terlalu banyak leak sampai orang pun taknak tengok sudahnya. HaHaHa! poyo poyo. Tu alasan je tu, kisah sebenarnya adalah sebab photographer tak upload lagi yang lain-lain.


Termenung memikirkan anak-anak. :P

Satu pujian harus diberikan kepada Krew KS kerana komitmen yang diberikan walaupun ketika itu sedang hujan, namun ianya bukanlah menjadi peluntur buat semangat mereka yang teguh. Semoga video ini dapat disiapkan, dan menjadi satu platform baru untuk Krew KS terutamanya bagi melonjakkan industri Video di negara ini. Idea dan sumbangan dari mereka diharap dapat memberi satu impak yang baru buat yang lain.

Bersatulah, bersatulah sebagai satu kumpulan. :)

Antara Krew KS dari kiri (usui akira, ijat, atiq dan Liao)

Sekian saja dari aku, painapple, si bakal artis, (aahaha) dengan ini doakan kejayaan Krew KS dalam menjayakan video sulungnya. Barakallah. :)

Saturday, July 14, 2012

SuperSala IX

Assalamualaikum kalian,

Kasut yang sesuai merupakan elemen penting dalam memastikan kita mendapat kepuasan maksimum dalam bermain futsal@bola. Kasut paling best pernah aku pakai suatu ketika dulu adalah kasut yang berjenama adidas, malangnya aku sendiri pun tak tahu nama kasut adidas tu ape(sebab kasut tu abang aku punya, aku kebas). Ha Ha Ha

Pernah aku bertukar ke jenama Nike, Tapi kecewa.

serius yang amat tiap orang perlu pandai dalam memilih kasut yang sesuai dengan cita rasa masing-masing, tapi yang paling penting adalah kesesuaian dengan kaki. Kalau tak sesuai, boleh melecet wo. Aku dah pernah kena, pengajaran... pengajaran..

Sebelum ni aku pakai Nike T-3, yang sejujurnya pada mulanya aku rasa sangat menyesal.

pertama, kasut tu melukakan kaki aku. Sob Sob. Mungkin sebab tak sesuai dengan bentuk kaki aku yang jenis pendek dan lebar. Akhirnya aku sendiri yang merasa~ tapi lama-lama dah okay. Orang kata sebelum berjaya mestilah merasa keperitan dahulu. Ye tak? (macam tak). keh3x

Setahun selepas tu, kasut nike T-3 yang dah mula menampakkan tanda-tanda sudah uzur mendesak aku untuk bertukar ke kasut yang baru. Pilihan yang aku rasa aku SANGAT PUAS HATI, iaitu ADIDAS SUPERSALA IX. Ni rating aku bagi untuk kasut ni.

   Style Rating              : 3.5 / 5
   Comfort Rating         : 4.5 / 5
Durability Rating      : 4 / 5
   Accuracy Rating       : 4.5 / 5
Dribble Rating          : 4 / 5
Shoot Power Rating  : 4 / 5

OVERALL RATING : 4 / 5

Material yang digunakan pun agak ringan, flexible dan sesuai. Lagi-lagi di bahagian kawasan kaki yg di sekeliling buku lali. Material yang digunakan lembut dan tak kasat. Cuma, ade sesetengah orang yang tak berapa puas hati sebab senang tercabut katenya. Bagi aku tak pernah pulak tercabut semasa main. Lainlah after main. Kehkehkeh.!!

walaupun warna dia macam kasut McDonald,
 tapi gwa tetap sayang!

So far, kasut ni adalah yang kedua terbaik pernah aku miliki selepas kasut pertama aku. Adidas ape ntah, kalaulah dapat balik kasut tu. haih~

p/s: utamakan yang lebih penting, kerana yang lebih penting itu lebih penting dari apa yang penting. :)


Saturday, June 23, 2012

My Ummi

Assalamualaikum kalian,

 Kasih ibu membawa ke syurga

Agak bertuah dapat lagi kita menghirup udara segar, dengan kesihatan yang berpanjangan. Namun jangan sesekali lupa, kadangkala sakit juga akan datang menjengah kita bila-bila masa. Benar kata Rasulullah S.A.W, ingatlah kamu 5 perkara, sebelum datangnya 5 perkara. Apakah 5 perkara tersebut?



1) Muda sebelum Tua
2) Kaya sebelum miskin
3) Lapang sebelum Sempit
4) Sihat sebelum sakit
5) Hidup sebelum Mati

Inilah 5 perkara yang diperingatkan kepada kita supaya tidak lupa. Ramai yang hanyut dalam kemewahan sedangkan tidak mengerti, bahawa kemewahan yang sedia ada tidak akan dapat menjadi perisai daripada di mamah tanah di alam kubur kelak. Kecuali pada mereka yang membelanjakan harta mereka untuk ibadah. 

Untuk bondaku yang jatuh sakit baru-baru ini, aku doakan bonda cepat sembuh, semoga bonda tabah menghadapi ujian, aku tahu bonda kuat. Hehe.

Akhir kata, marilah kita bersyukur, sentiasa bersyukur akan segala nikmat yang kita perolehi. =)

untukmu bonda~ :)

Wednesday, June 13, 2012

Talented bloggers

Assalamualaikum kalian,

Bersemangat rasanya bila ada kenalan/gangster aku yang mencuba untuk berblogging. Bagi aku, aktiviti blogging ni sangat bermanfaat, apatah lagi pabila masa akan datang kita lihat kembali penulisan dan coretan yang telah kita buat sekarang ini. Terkadang perkara yang kita sudah terlupa tatkala arus masa yang deras, akan kita dapat merasai semula seolah-olah perkara itu baru sahaja berlaku. Terkadang juga penulisan kita dapat memberikan impak kepada pembaca sama ada banyak atau pun sekecil kesan, sudah pasti itu yang diharap-harapkan oleh setiap blogger.

yang indah-indah akan pudar jua,

ada juga kalangan pemblogger dikalangan kenalan/gangster aku yang membuatkan aku tetibe rasa sangat jeles dengan cara penyusunanyang agak kemas dan teratur. Penceritaan juga ada, tak macam aku, sekejap ke Utara, sekejap ke Timur. Jelas menunjukkan beliau-beliau ini akan menjadi seorang yang terkenal andai kata beliau sentiasa rajin dan istiqamah dalam bidang pembloggingan ni(musnah hancur berkecai tatabahasa).

Keindahan kosa kata dan susun ayat yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk menyusuri setiap entri yang telah dipost, malah perasaan membuak-buak juga akan timbul untuk menanti penerbitan entri baru pada blog tersebut, dan ini juga pasti akan berlaku (amboi hiperbola dah ni).

Usaha jangan pula sekerat-sekerat.

Antara talented bloggers kenalan aku:
Blog Gurlish       -ohnuruliloveu
Blog Bijaksana   -Ruanghidupsaye
Blog Bersawang -Warna Warni Hidup Fiq Mafiq

cukup la tu 3 bijik link aku bagi, saja promosi blog orang. He He.

kena ch0w dulu, bimbang esok terlajak tidur, kelas ke mana. Mahasiswa cemerlang tidur awal. Okey, tidur awal. Okey. buhbye~

"setiap nafas yang ditarik mengingatkan kita bahawa nafas kita pula yang pasti akan ditarik untuk akan datang"

Monday, June 11, 2012

Sticker Domo Rare

Assalamualaikum kalian,

Entri kali ini diharap agar lebih santai. Sudah pasti ramai penggemar jenama DOMO yang kiut miut lagi comel comel teruja dengan entri kali ini(yelatue).

Kebetulan member aka gangster aku nak pergi ambil sesuatu dekat TESCO Nilai petang tadi. Tanpa rasa keberatan aku pun setuju aje lah dari tak buat apa-apa kat rumah tu dapat jugak melihat dunia Nilai dikala petang yang agak terik sekarang ni. Setelah selesai urusan gangster aku tue, lepak la sekejap kat kedai mamak berdekatan sambil layan Teh O Ais. 

Borak dan borak pasal EURO. Bercakap macam pandai lebih dari orang yang main. Standard la. Ha Ha.

Akhirnya masing-masing sudah penat mahu pulang ke tempat peninggalan. >_<

Di sinilah merupakan titik pertemuan aku dengan DOMO yang mengujakan ketika baru hendak memulakan perjalanan, ternampaklah sticker rare tersebut pada kereta berjenama NISSAN.

Domo with Sheep kehkehkeh~

Sekian.


*new vocab : member = gangster

Pembekuan PTPTN UNISEL dan KUIS

Assalamualaikum kalian,

Rasa terpanggil untuk membicarakan tentang apa yang terjadi baru-baru ini. Iaitu isu Pembekuan PTPTN terhadap Unisel dan KUIS. Kedua-kedua institusi pengajian ini merupakan dibawah kerajaan Negeri Selangor. Tujuan penarikan ini adalah hanya sebagai ujian kepada kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Pakatan Rakyat. Ini kerana Pakatan Rakyat telah membuat manifesto bahawa mereka akan membatalkan PTPTN setelah menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti.

Reaksi kemudian,

Kerajaan Selangor selepas itu telah membuat keputusan untuk mencairkan assets selangor untuk menampung kos perbelanjaan tersebut. Ramai mahasiswa/mahasiswi menyatakan hasrat untuk berpindah ke institusi pengajian lain akibat dari kerisauan dari tindakan kerajaan pusat terhadap pembekuan PTPTN sedangkan mereka perlu untuk membayar yuran di atas pengajian mereka di UNISEL dan KUIS.

Apa pandangan aku?.

Bagi aku, sebagai pemerhati, tindakan yang dilakukan adalah sangat kebudak-budakan. Ini sendiri dipersetujui oleh seorang ahli politik ternama, iaitu Ahli Parlimen Rembau, saudara Khairy Jamaluddin di dalam Twitter beliau yang mengharapkan agar politik kotor ini diberhentikan. 

Mengapa?

Dari segi apa yang aku paham dari manifesto Pakatan Rakyat adalah selepas menawan Putrajaya. Itu saja. Kena pahamkan di situ. Tidak pula aku kata PR ni semua betul. Bagi pendapat aku, untuk kali ini, secara jelasnya mahasiswa/mahasiswi KUIS dan Unisel dizalimi.

Buat sesuatu yang disayangi, pasti kita akan dibalas dengan kasih sayang. Kalau kita buat sesuatu yang dibenci, sudah pasti kita akan dibenci.

p/s: dengar cerita PM nak buat BR1M pusingan kedua. wah, dapat beli novel baru lagi lah ni. :D

Perubahan?

Assalamualaikum kalian,

Sedikit pembaharuan telah dilakukan dekat blog NEW WORLD ni. Kalau ikutkan mahu saja lebih mencantikkan lagi interface satu-satu nya blog yang aku ada ni.

Harapan agar aku lebih bersemangat dan ilham datang berganda-ganda untuk teruskan berblog. :P

Pembaharuan atau transformasi, atau reformasi (ooppss) akan memberi dua kesan yang berbeza. Sama ada ke arah kebaikan, atau keburukan. Tetapi jangan pula kita takutkan ianya akan membawa kepada keburukan, kita takut untuk terus berubah.
"membuat keputusan dengan cepat lebih baik dari membuat keputusan tepat."


Kenapa aku bersetuju dengan Quote tu?. Sebabnya selepas dikaji dan difikir secara mendalamnya, ada betulnya. Kerana jika kita membuat kesilapan, dan kita akan mempelajari sesuatu dari kesilapan tersebut. Dan kita boleh membuat keputusan seterusnya. Adalah lebih baik begitu dari kita cuma memgambil masa yang lama semata-mata untuk membuat satu keputusan yang tepat, dan tak lebih adventurous bak kate omputeh. He He.

kembali pada perubahan blog yang dah aku buat, antara yang berubah adalah Header, Tabs Font Colour, Template layout dan widget jam. Takde la banyak pun perubahan yang dilakukan, cuma aku harap agar lebih kemas dan nampak lebih elegen.

Harapan~

Semoga pembaca rasa lebih selesa dengan rupa NEW WORLD yang baru ni ye. Sebarang komen atau cadangan boleh private massage secara FB atau Twitter (bahagian atas). Secara jujurnya teguran anda amat saya  hargai. Ceewah~

p/s: dengarkan pepatah mixed melayu+hokkien; kalau rasa diri kiasu, jangan bermain bola di fantasy EURO. >_<

Sunday, June 10, 2012

Nashrin - Percaya pada luka

 So damn nice

Seriously, ini lagu sangat best dan best! :)

Sunday, May 20, 2012

Gunung Ledang

Assalamualaikum Kalian,

Ucapan salam mukadimah bicara. Kesempatan baru-baru ni dapat juga merasai pengalaman mendaki gunung buat pertama kalinya. Sungguh amat penuh dengan kenangan yang bolehkan aku sentiasa ingati dalam menggamit arus hidup untuk akan datang. Gunung pertama yang aku tawan adalah Si Legendary Ledang. Pada ketinggian 1276meter dihiasi dengan kecantikan flora dan fauna di dalamnya. Sangat cantik dan indah ciptaan Nya.

Tak kurang juga dengan cabaran-cabaran sepanjang perjalanan yang menyempurnakan episod sebuah pendakian.

Akur untuk aku tak dapat menafikan aku hampir saja tertewas dengan si Ledang waktu tu. Kejang otot kedua belah kaki menduga ketabahan aku untuk meneruskan pendakian. Namun beberapa prinsip hidup yang aku pegang iaitu aku haramkan untuk diri aku menjadi pelembab buat yang lain. Diheretnya kaki aku dalam kesakitan, pergh kalau takde sebab takkan aku buat camtu.

Satu langkah demi satu langkah. Akhirnya ke puncak juga.

Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur dengan keizinannya dapat juga aku sampai ke puncak gunung Ledang. Bawahnya berkabus, di sekelilingnya penuh dengan kehijauan Bumi Johor. Disambut pula dengan dentuman meriam dari latihan ketenteraan di kaki gunung seumpama menyambut kejayaan kami ke puncak Ledang. Rasa bersyukur yang amat, segala keletihan terasa terbalas dengan hirupan sejuk udara pada ketinggian lebih 1000meter dari paras laut. Selat Melaka, laluan dagangan tersibuk juga menghiasi pandangan kami di sana.

Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan kesempatan ini untukku.

Ledang Si Puteri
Bermula dari satu,
Illusi dari dua,
Langkah ku laju,
cuma kan merana,
Mitos ceritamu,
terselit betulnya,
Satu peristiwa,
Seribu jalan cerita,
Lihat ke bawah pabila di atas,
jangan mend0ngak mendambakan puja,
Kisah Kera dapat kan bunga,
Masakan nikmat jika jahil padanya.
Melangkahlah,
Melangkahlah,
Melangkah,
Di sana terus melangkahlah..

Friday, May 11, 2012

Pesona Harapan

Assalamualaikum Kalian,

Aku rasa dah beberape kali aku berbloging waktu-waktu awal pagi camni. Mungkin ilham datang melimpah ruah tatkala waktu sunyi sepi sebegini. Otak sentiasa memikirkan madah-madah kehidupan yang kita lalui dari hari ke hari. Keletihan bekerja, berjuang berlumba-lumba pada siang hari ditutup oleh situasi malam yang tenang damai.

Sungguh awan itu wujud, namun tiada siapa mampu untuk menggapai.

Ada yang tidak percaya akan HARAPAN ataupun HOPE. Hope adalah sesuatu perkara yang amat berbahaya untuk bermain dengannya. Boleh jadi ianya merosakkan jiwa, boleh juga menjadi unggun bara dalam mencapai sesuatu. Aku gariskan satu aturlangkah sebelum seseorang itu boleh mencapai kepuasan kejayaan yang maksimum, iaitu:

Harapan - -------> Usaha ------------> Kejayaan/Kegagalan.

Bermula dari secebis harapan, disinilah terhasilnya proses impian. Kemudian dari impian itu menjadi pencetus kepada kita untuk mula berusaha bagi menjadikan impian itu suatu kenyataan. Tak kira lah sama ada untuk memliki sebuah rumah yang besar, atau menang  sesuatu pertandingan. Semuanya adalah terhasil dari secebis harapan. Namun, perlu diingat, terkadang harapan juga boleh menghancurkan jiwa. Bagaimana ianya boleh terjadi?. Apabila si pengharap terlalu berharap akan sesuatu sehingga ia mengorbankan seluruh harta atau jiwa raga untuk mendapatkan impiannya tetapi dipengakhiran padanya hanyalah sejuta kekecewaan. Ada yang sanggup bunuh diri bagi mempamerkan betapa kekecewaan yang dihadapi olehnya kepada masyarakat umum.

Itu satu tindakan bodoh! Memang BODOH!

Kalaupun kita gagal, tak bermakna kita akan gagal selamanya. Cuba lihat bagaimana tokoh-tokoh terdahulu gagal, bangkit, gagal, dan terus bangkit. Alexander Graham Bell yang telah beberapa kali gagal dalam mencipta Telefon. Harapan beliau untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat akhirnya terhasil untuk kali yang ke 32. Bayangkan hanya untuk mencipta SATU benda, perlukan kegagalan sebanyak 31 kali. Takkan la Loser benar korang sampai gagal pada satu benda sama bebeberapa kali terus buat tindakan drastik yang kadang-kadang tak masuk akal, ada yang sampai nak tarik nyawa sendiri.


Apa sudah rasa nak amek alih tugas tuhan ke aper?

Itu belum cerita pasal Pak Cik KFC yang beberapa kali gagal dalam memperkenalkan ayam gorengnya pada pelabur-pelabur sebelum terhasilnya KFC yang sehingga kini gah dipasaran. Yang mempunyai beribu cawangan di seluruh dunia. Nak jual ayam jer k0t......

Harapan Kayu
Yang kecil jangan disangka tak berharga
Yang Sedikit usah disangka tak bernilai
Dari yang rapuh,
Menjadi kukuh,
Dari yang kukuh,
Menjadi Rapuh,
Tiada yang kekal,
Tiada yang sangkal,
Sangka kelam, 
Hendaknya sinar,
Unggun Bara, Menjadi punca.
Disiramnya diesel,
Maraklah ia,
Disiramnya Air,
Padamlah ia.
Sematkan semangatmu, dalam jiwa,
Burulah kehidupanmu, dalam onak nestapa.
Hidang padamu, generasi tak alpa.

p/s: sedih memikirkan generasi sekarang, yang tua tak dihormati, yang muda dipijak-pijak. =_="

Friday, May 4, 2012

Menjejak Pameran Buku Antarabangsa

Assalamualaikum Kalian,

Hari minggu baru-baru ni aku berkesempatan untuk menjenguk pameran buku antarabangsa yang berlangsung dekat PWTC. Dalam keadaan hujan, aku dan keluarga meredah dalam kebasahan. Memang tak dapat dinafikan lah agak banyak booth-booth yang ada kat situ. Tak kurang jugak aweks-aweks yang datang meramaikan. He He He. Serius tergugat beb bile tengok ramai je pakai tudung labuh, pastu gaya-gaya ayu gitu menampakkan keperibadian seorang muslimah. Ha Ha Ha.

Ke lain pulak ceritanya.... =_="

Dua buku je yang aku beli minggu lepas, satu buku ialah "Real Leaders Dont Do Powerpoint". Buku ni aku rumuskan adalah untuk memberi tips-tips berguna untuk kita berucap dikhalayak ramai. So pada sesiapa yang rasa dirinya perlu untuk buat public speaking, sila-silalah belek buku ni yep. Banyak yang boleh diambil dari buku ni.

Dan buku yang kedua adalah buku yang agak fames rasanya, Iaitu Kitab Terfaktab edisi ke-Dua. Seriously, aku memang tak tahu buku ni adalah buku mengenai cinta kebanyakannya. Patutlah kena usik-usik dengan penulis-penulis buku yang ada dekat booth tu. Salah seorang penulis Kitab Terfaktab ni pun ada, nama dia Brader LepLep. Siap dapat autograf dia. Ha Ha Ha. Sempoi je mamat tu dengan ayat dia tulis, "pakwe yang sayang makwe dia takkan pegang dada makwe die, tapi pakwe yang baik adalah pakwe yang pegang hati makwe dia" LuL, so sweet la lu bro.. :P

Baca punya baca...

Bagi aku, ada sesetengah yang best, dan ada yang aku just skip je, sebab panjang sangat. Aku ni dah la terkenal dengan sikap pemalas yang unggul. Memang kalau nampak je artikel yang lebih dua muka surat, aku skip je. He He.

So aku suggest bagi mereka-mereka yang sedang ingin bercinta, ataupun putus cinta, ataupun apa-apa sahaja yang ada masalah dalam kehidupan, boleh lah memiliki Kitab Terfaktab tu. Tak mahal pun, RM20 jerrrrrrr.... Ha Ha Ha. Sempoii~~~

akhirkata dapat jugak aku siapkan kata-kata untuk renungan bersama:-

Cenderamata Alpa
Berpusing bukan mencari,
Berhenti bukan menanti,
Akal yang diberi,
Gunakan sebaiknya,
Andai itu yang terbaik,
Jangan dipandang lagi belakangmu,
Tidak pula pada dibawahmu,
Juga di Atasmu,
 Sentiasa beringatlah,
Kita cuma manusia,
Manusia yang tiada untuk dibangga,
Harta dunia cuma pinjaman,
Tubuh badan cuma cagaran,
Yang kekal hanya amalmu,
Perbuatanmu,
Usah Ego,
Usah Meninggi diri,
Sombong dan bongkak atas kelebihan diri,
Jadilah Si Penunduk,
Pada Dia yang memiliki..

Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0, Duduk Bantah

Assalamualaikum Kalian,

Tanggal 28/04/2012 akan berlangsungnya satu lagi peristiwa bersejarah di Malaysia dimana satu gerakan perhimpunan BERSIH akan diadakan pada hari Sabtu tersebut di Dataran Merdeka. Ada yang menyokong, ada yang menolak. BERSIH 3.0 kali ini membawa moto "Duduk Bantah" yang mempunyai maksud tersendiri dari perkataan tersebut. Aku yakin, tema tersebut diletak selepas perbincangan dengan Tokoh Sasterawan Negara (S.Samad Said) yg aku amat sanjungi sejak dari sekolah menengah dengan puisi beliau yang puitis. Ayat yang aku suka antaranya, "Diam-diam ubi berisi, mengapa kita harus begitu". Jika kita orang mempunyai banyak ilmu, kenapa kita mesti mahu berdiam diri, sedangkan Saidina Ali juga pernah berkata, "Harta berkurang apabila dibelanjakan sedangkan ilmu berkembang apabila digunakan".

Aku sokong atau tidak? #Bersih

Jawapan dia sangat mudah, jika itu adalah untuk kebaikan rakyat, aku sokong selagi ia tidak bertentangan dengan syara'. Jika dilihat pada objektif BERSIH untuk kali ini juga sangat bersesuaian kerana sudah hampir dengan PilihanRaya Umum dan tiada satu pun yang dilihat pada kepentingan diri sendiri. Berikut adalah 7 tuntutan BERSIH 3.0

TUNTUTAN BERSIH 3.0
1.Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos.
3. Gunakan Dakwat Kekal.
4. Akses Media Bebas & Adil.
5. Masa Kempen Minima 21 Hari.
6. Kukuhkan Institusi Awam.
7. Hentikan Rasuah.

Tuntutan-tuntutan tersebut tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada pelaksana sekiranya pelaksana tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu berani kerana kita tahu kita benar. Aku juga sebagai seorang pemimpin walaupun hanya bagi sebilangan golongan kecil, aku perlu berani, jika aku seorang yang salah, aku mahu dibetulkan. Itu adalah yang perlu bagi setiap seorang pemimpin dari apa yang aku faham baca dan dengar. Berikan contoh pada zaman khalifah Umar Al-Khattab. Sebaik sahaja dia dilantik sebagai Khalifah, ada seorang rakyat bertanyakan pada beliau, adakah dia boleh memenggal kepala Saidina Umar dengan pedangnya sendiri sekiranya Saidina Umar menjadi seorang Pemimpin yang tidak Adil, dan beliau bersetuju malahan bertegas agar beliau melakukannya jika beliau telah terpesong. Sesungguhnya itulah sifat seorang pemimpin, mahu diperbetulkan apa yang salah. Takut pada hukum Allah, bukan takut pada Hukum dunia. Wallahualam.

Yang penting, niat tu diperbetulkan sebelum melakukan sesuatu.

Bukan provokasi atau huruhara yang dimahukan, cuma sebagai seorang insan, sebagai seorang rakyat, semestinya mahu sesuatu yang betul, adil, dan saksama untuk tanah air. Barulah negara boleh menjadi negara yang proaktif dan berkesan. Malah akan disanjung oleh negara-negara luar. InsyaAllah.


P/S: aku masih tertanya-tanya, Dataran Merdeka bukan tempat berpolitik?. noobhai me lah. T_T

Monday, April 2, 2012

Angry Words

Assalamualaikum Kalian,

Orang kata kalau kita menjadi lemah ingatan adalah kerana kita tidak menggunakan otak kita untuk berfikir dan melakukan perkara-perkara yang kreatif. Induksi otak sangat unik kerana berbeza dari segala jenis peralatan mekanisma yang dicipta oleh manusia, otak semakin diguna semakin menjadi lebih tajam dan berkilat. Akibat dari kekaratan yang berlaku pada otak aku yang dah lama tak guna ni akhirnya aku bertekad untuk mencari sesuatu yang mencabar minda. Yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk berfikir dan membuat keputusan yang efektif dan berkesan.

apa yang aku lakukan untuk itu?

Jadi aku pun mencuba satu permainan baru iaitu Angry Words, ala-ala scrabble atau sahiba versi Barat punya. Dalam tu ada la point-point pada setiap kotak. Pemain perlu menggunakan Tiles yang diberikan sebaik mungkin. Dan permainan ini juga dimainkan secara multiplayer dari seluruh negara yang mempunyai perisan Android. Anda juga boleh mencabar kawan-kawan facebook dan twitter. Disebabkan android aku tak larat nak main Draw Something. Jadi aku pun mengambil initiatif lain dengan mencuba permainan angry words.

Jangan salah sangka.

Angry Words adalah amat jauh berbeza dengan Angry Birds, tidak kira lah sama ada dari segi gameplay, ataupun developer nya. Angry Words bermain dengan huruf, sedangkan Angry Birds bermain dengan angka.. :P

Boleh rujuk pada laman web rasminya : http://www.angrywords.com/

"Otak makanan kegemaran Zombie"

Sunday, April 1, 2012

Top 3 TV Series (International)

Assalamualaikum kalian,

Setiap minggu mesti ada cerita series yang keluar, banyak je idea pengarah-pengarah ni punya modal bercerita. Walaupun ada sesetengahnya cuma ambil dari buku-buku atau novel yang dah sedia ada. Dan aku baru tahu Series Vampire Diaries adalah adaptasi dari novelnya. Itu pun selepas terjumpa kat kedai buku alamanda novel Vampire Diaries tu.

Alamanda putrajaya pilihanku...

Berepisod-episod, kadang-kadang ada masanya best, ada masanya agak membosankan. Tapi itulah cerita berseries, seperti juga kehidupan kita dalam dunia ni. Kadang-kadang best, dan kadang-kadang tak best. Apa-apa pun sentiasalah bersyukur. :)

Baiklah, ini yang aku nak listkan top 3 cerita bersiri (luar negara punya je yep) yang sekarang ni aku masih ikut dan akan ikut sampai bila-bila! adoi~

1.Supernatural
Dah sampai season ke-7 dah series ni, dan aku masih lagi follow cerita ni sampai sekarang. Cerita dia berkisarkan dua orang adik-beradik yang bernama Sam Winchester dan Dean Winchester merupakan pemburu hantu. Dari pemburu hantu, sampailah diorang ni menghentikan "HARI KIAMAT", dan seterusnya hidup selepas Kematian Tuhan. zzz.. Untuk tengok boleh, jangan sampai tergugat akidah. He He. Pape pun cerita dia diselitkan unsur humor yang sempoi dan pelbagai aksi yang menarik. Serta kadangkala dapat mempelajari mitos-mitos dari barat.


2.Vampire Diaries.
Cerita ni sebenarnya diperkenalkan oleh kawan lama aku dulu. Aku tak tahu pun ada cerita ni sehinggalah season dua. Selepas didesak beberapa kali barulah aku bercadang nak tengok. and Guess what, aku terjatuh cinta pula dengan cerita ni. Sekarang VD sudah berada di Season yang ke-tiga. Cerita dia berkisarkan tentang kehidupan vampire. Sangat best lah series ni dan sangat direkomenkan untuk mereka-mereka yang minatkan vampire selain dari the most gay Twilight. Oh Our God (OUG~).


3.Alcatraz
Yang ni series paling baru aku follow. Cerita perihal penjara Alcatraz yang telah ditutup pada tahun 1963. Disebalik penutupan penjara tersebut, ada kisah yang orang luar tidak ketahui. Iaitu kehilangan kesemua banduan di dalamnya secara serentak disuatu malam. Dan sekarang, pada tahun 2012, mereka kembali dengan misi dan objektif masing-masing yang tidak diketahui. Baru season pertama, tak pasti sama ada akan diteruskan untuk season ke-dua. Harap-harap ada lah kan. hehe~

Yang 3 ni cuma yang paling top, walaupun ada lagi series-series lain yang mengancam, macam The Walking Dead, tapi sekarang TWD tengah "bercuti" sebelum ke season ke-tiga. Tak sabar nak tunggu keluaran akan datang. Nampak macam semakin menarik. Btw, aku bukan pencinta korea (terus terang). @_@

Ini series yang aku minat, "what's yours?". :)

"fight for nothing"

Friday, March 30, 2012

Angry Bird Space (Terbaru)

Assalamulaikum kalian,

Beberapa hari lepas abang aku ada rekomen untuk download game AngryBird: Space dari Market Android (kantoi guna android) satu lagi keluaran Rovio. Aku yang pakai Galaxy Mini S5570 ni memang dah tau game-game macam angrybird ni agak berat untuk gadjet yang slow dan "economic" macam handset aku kan. Kalau angrybird version yang pertama tu pun dah sangkut-sangkut, apatah lagi version yang lebih baru dan memang konfirm lah akan buat handset aku tu ongeh... jadi aku pun buat tak tahu je la.

Dua tiga hari kemudian...

Tetiba nafsu nak download game tu datang pulak. Ni mesti gara-gara syaiton laknatullah yang hasut aku ni supaya lagha. Hu Hu. Nak main boleh, tapi bak kata Zizan Raja Lawak, "jangan sampai jadi najih!". Dengan kekhilafannya aku mencuba lah ABS(singkatan) tersebut.

dan pemerhatian yang aku dapat...

Game ni memang lain dari yang lain, menampilkan dua atau tiga character "Bird" yang baru, dan gameplay dia juga berlainan dari sebelum-sebelum ni. Dalam game ni ditambah dengan nilai baru iaitu kewujudan graviti yang akan mengubah haluan perjalanan angrybird anda. Dengan itu, anda memerlukan kemahiran untuk menduga/mencongak tarikan graviti planet sebelum anda lastik bagi memusnahkan binatang hijau tu, entah apa nama pun aku tak tau. Bising bukan main, dah mati pun bising, hidup pun bising. Aiyaa~ haha.. Untuk pengguna yang setaraf dengan model galaxy mini macam aku, kadang-kadang dia akan stuck, buat aku hangin je. Spoil mood nak main. Tapi best, serius. Tengok gameplay ni. :D


Angrybird : Space gameplay
Kesimpulan,
Secara purata, ABS berjaya mengembalikan minat aku terhadap permainan macam angrybird yang suatu ketika dulu menjadi kegilaan ramai. Cuma aku harap lepas ni ravio dapat keluarkan dalam perisian Komputer pulak, baru lah syiookkkk~ Itu saja komen dari aku, Selamat Mencoba. buhbye~ :)


"angrybird pun ada perasaan.. :("

Thursday, March 29, 2012

Kisah Awal Dan Scha

Assalamualaikum kalian,

Tahniah buat Scha & Awal yang tak lama lagi bakal menjadi mempelai Raja Sehari. Secara gentlemannya Awal telah melamar Scha dengan kata-kata keramat "sudikah awak menjadi yang halal untuk saya?"dihadapan penonton program "propaganza" SECARA LANGSUNG! dan scha telah bersetuju dengan lamaran tersebut. wah, ramai yang kata, sweetnyee~ <3 <3

Namun..

Yang sedikit seperti kecewa dengan kata-kata "halal" tu bila pada akhirnya Awal memegang kepala Scha (min:1.09). Persoalan timbul dalam benak fikiran,

"Apakah halal yang dimaksudkan oleh Awal itu?"
"Adakah sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim itu adalah halal baginya?"


Awal propose Scha dalam rancangan propaganza

Tak mahu aku berlanjutan lebih-lebih, kerana aku pun baru tengok video ni semalam. Lambat betul dapat info tu. Pada mulanya agak "oh sweet lah". Tapi hakikatnya, bukan itu yang kita patut pujai sebagai seorang Muslim. Wallahualam..

Yang Baik Dijadikan sempadan, yang buruk kita sendiri mau ingat wokey~! :)
"Pencinta Terbaik"

Anas Ridzuan & Faizal Tahir Bergabung

Akibat malas nak taip panjang-panjang. Aku post lagu je lah untuk anda semua. Dari Anas Ridzuan bersama mentornya Faizal Tahir berduet untuk nyanyian InsyaAllah. Enjooyyyyy~~ ;)



Lama tak dengar faizal tahir nyanyi lagu nasyid camni. (^^,)

Wednesday, March 28, 2012

Cerita Fantasy Premier League

Assalamualaikum Kalian,

Aku ni boleh dikatakan nerd la kan. Mengadap komputer je setiap hari dari pagi ke petang, dari petang ke malam. Bonda aku pun dah bising. Tapi aku tetap tabah juga. Cuti ini aku nak manfaatkan bermanja-manja dengan blog aku ni. Tak salah kan? hehe.

masih terkenang waktu dulu

Apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah hobi aku yang bermain bola atau futsal atau whatsoever yang berkaitan dengan benda bulat bergoleng-goleng tu, kiranya aku layan. Dan juga aku suka main games strategi walaupun tak power rangers kan. He He. Bila dua hobi tu digabungkan, maka terhasillah hobi baru aku. Iaitu fantasy primiere league. :)

Apa ada dengan FPL?. (biasanya orang panggil fantasy je~~)

Pemain akan pilih player-player dari English Premiere league mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak fantasy ni berdasarkan performance player-player tersebut. Kalau yang jenis kaki scorer tu memang agak mahal la kan harga dia. Dengan modal yang dia bagi pun sikit, jadi kena lah pandai-pandai berbelanja. Dah pilih semua player-player korang kena la tunggu perlawanan tiap minggu EPL tu. Dan korang juga boleh join mana-mana league yang ada dalam fantasy tu. Best bila dapat point tinggi tiap game. Tapi kalau dapat rendah, dan duduk paling bawah, hampeh beb~~

Luck is not an excuse..

Aku sarankan cuba bertanding dengan mamat ni a.k.a my brother. Setiap liga dia yang no.1. Pakai ilmu apa pun aku tak tahu. Mungkin dia pernah berguru dengan Sir Alex Ferguson kot, Mourinho juga barangkali. Aku pun nak juga. tsk tsk~


Pinkylala namanya.

Tinggal beberapa minggu je lagi sebelum EPL menutup tirainya. Kepada yang baru mahu mencuba, season depan awal-awal lagi u olz boleh daftar ye.. Senang je pun nak daftar. Tak perlu keluar duit pun. Sama-sama kita mengimarahkan fantasy ni wokeyh?. bye bye~

"Sebab aku berpegang, kalah bukan bererti anda Lemah"

Pengikut tegar ayah pin

Assalamualaikum kalian,

Kerajaan langit sudah kembali!!!

aduhai duniaku..
Apa nak jadi ni?. Khabarnya pengaruh ayah pin(gambar) atau ajaran kerajaan langit yang dibawanya telah kembali di Malaysia. Setelah lama menghilang, kini dikatakan kembali aktif (Sumber:malaysiakini). Ayah pin atau nama sebenar, Arifin Mohammad diserang angin ahmar sebelum kehilangannya beberapa tahun yang lepas. Percakapan pun dah tak berapa jelas dan dikatakan berulang alik ke Bachok untuk mengurut. Yang aku paling tak paham, ramai bijak pandai yang dah terpedaya dengan ajaran yang dibawa ni. Gelaran professor bukan lagi alat pengukur IQ manusia sekarang. Terlalu mudah terpedaya dengan ajaran terpesong ni. SANGGUP BERHABIS BERIBU RINGGIT kononnya demi menyebarkan ajaran Guru Tersayang mereka ni. Masak la korang~~

Persoalannya,apakah mereka ini tinggi ilmunya tapi tiada nilai?.

Ayah Pin

Yang ini satu hal. Ada juga yang lebih lawak dari ini. Pernah dengar Rasul letak jawatan?? jawapannya ada!. Rasul Melayu. Amboi~ sesuka hati je nak letak jawatan ye. Tapi masih lagi ada pengikut beliau yang taksub, walaupun sudah terbukti kebenaranya.

Mengapa kita mudah terpedaya dengan semua propaganda ini?. Sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda diakhir khutbah jumaat baginda sebelum kewafatannya;

"Wahai manusia! Aku tinggalkan kamu dua perkara dan tidak akan sesat kamu selamanya selagi berpegang kepada dua perkara ini yakni Kitab Allah-AlQuran dan Sunnahku-AlHadis"


Semoga kita semua sempat bertaubat sebelum ditarik nyawa. Nauzubillah.

Sebelum aku akhiri, marilah kita bermuhasabah diri. Adakah kita telah berusaha untuk menjadi umat yang baik untuk Rasullullah?. Sedangkan baginda adalah pemimpin yang baik dan sempurna buat kita.

~Layakkah kita?.~

9gag, Problem?

Assalamualaikum kalian,

Post kali ni khas buat mereka-mereka yang dah rasa keboringan tahap gaban mengadap laptop atau pc korang tu, tak habeh-habeh dengan facebook dan twitter, sampai masa korang rasa cam nak beralih arah. Dengan ini, aku mempersembahkan laman yang membuatkan kebanyakan orang terperangkap dalam dunianya, lawak yang extreme-extreme dimana agak sesuai untuk golongan remaja-remaja yang memang gila-gila, the one and only~9gag !!!! haha.

Ramai yang sudah terjual rohnya...

Yes memang aku akui, ada sesetengah pengunjung ke sana dan addict dengan 9gag tersebut, umpama dadah yang mencengkam diri. Jadi, sesiapa yang rasa ada banyak tanggungjawab nak kena laksanakan lebih baik jauhkan dari laman web ini. Sebab sekali kau dah kunjung, takkan kau lupakan lagi penangan dia. pehh~

Senang cerita aku bagi la apa contoh-contoh lawak yang ada dalam tu, lawak yang agak sinis, dan kurang hajar~ tapi itulah 9gag. Ha Ha!

True Story Bro~~

Click image untuk lebih jelas @_@

paham tak? tak paham baca balik. kah kah kah

akhir kata, kepada kaum yang sedang bosan dan perlukan hiburan, aku cadangkan korang pi la lawat www.9gag.com(promote tanpa dibayar.. sob sob).. Semoga berjumpa lagi, dengan harapan "soul" kamu masih berada denganmu.. kehkehkeh

"Like a boss"

AwanBand - Lintasan Bintang

Assalamualaikum kalian,

Bertemu lagi hari ini, aku macam biasa nak berceloteh sorang-sorang sementara masih 'percuma' ni.. ha ha.. ada sahabat dari facebook aku ada promote lagu yang tak pernah aku dengar sebelum ni.. Yep, aku akui, sejak dua menjak ni aku memang menjadi katak bila sebut pasal lagu-lagu baru ni.. malas lah nak karang panjang-panjang, biarlah lagu ini yang bercerita..

Layanzzz.. :)

AwanBand- Lintasan Bintang

Cahaya bintang-bintag
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm

Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Oo oo oo

Janganlah menangis
Biar jadi begini
Ooo ooo

Pergilah bersamanya
Biar aku aku yang pergi

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini

Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang


jadi, trimas untuk semua yang bersoranak dengan lagu ini, dan bagi aku, lagu dia memang catchy la.. Seswai dengan jiwaku~ hehe.. Bye bye..

"bintang, setelah kau bersinar, tapi ku tahu, bintang bukan satu"

Tuesday, March 27, 2012

Termenung aku sendiri akan amanah ini

Assalamualaikum kalian,

sudah ku agak, perkara ni akan berlaku, pada post yang lepas, baruuuu je lepas... aku cakap yang ada something merungsingkan fikiran kan? baca la balek," xm0 malas xm0"... dan mende itu adalah.... "i've become a new president of PMFPM!".. bak kate jozan.. Oh Our GOD! instead of Oh my Gowd because ur god, n my god is the same... haha.. mengarut mengarut....

terkesima..

bukan apa, ku tahu ilmu ku takat mana, kepimpinan ku tahap mana, jadi agaklah terasa seperti kapas dihanyutkan angin ketika ini... macam mana pun macam aku cakap sebelum ni jugak.. AKU MESTI LEBIH KUAT!! oh, monolog dalaman sendiri aku...

Tapi...

bila kite pikul sesuatu tanggungjawab, macam-macam mula berkeliaran dalam minda.. pelbagai benda kita nak buat. Acik, benda kita nak buat memang la banyak, tapi yang nak laksanakan tu?? BANYAK LA KAU PUNYA ALASAN~ haha....

So, banyak perkara aku perlu ubah selepas ini... dari segi personaliti, imej, kerajinan(paling penting) dan pembahagian masa. Jadi aku dah outlist kan perkara-perkara yang perlu ada dalam minda seorang painapple yang baru ni.. adoi~

  1. Pertama sekali, setiap keputusan yang kita buat janganlah berdasarkan emosi. Kalau keputusan kita dipengaruhi emosi, maka akan buruklah pengakhirannya. - hipotesis psikologi painapple
  2. Berkerja dalam berkumpulan, tiada lagi individual. Hanya ada "we", not "ME".
  3. Seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang mampu menyelesaikan konflik di dalam organisasi (Ust Imran) - Bagus ke aku??? @_@
  4. Di luar aku kawan, di dalam aku bukan. zzz takde idea nak olah dengan lebih baik.. kira nya kalau kat luar kita ni adalah kawan baik, tapi dalam organisasi tidak lagi. so apa yang kita rasa betul, kita buat, yang terbaik untuk organisasi, insyaAllah.
  5. Cepat membuat keputusan. Ini sangat elok kerana, bila kita buat keputusan dengan cepat, kita akan dapat membuat keputusan yang lain dari semasa ke semasa. Dari satu keputusan, kita akan beralih kepada keputusan seterusnya jika gagal. Oleh itu, semakin banyaklah benda yang kita boleh belajar dari kesilapan atau kebaikan dari keputusan yang kita dah buat. Paham TAK???? tak paham takpe.. ahaha!

Sampai sini je kot list dia yang ada setakat ni, kalau ada lagi aku tulis la lagi. Tu pun kalau jari ni rase rajin.. kalau malas, selamat jalan lah kawan.. haha (TAK BOLEH MALAS!!!)

akhir kata dari aku a.k.a painapple, "menduga laut tak salah, pastikan anda berani untuk menerokanya" :)

Wednesday, March 21, 2012

Perubahan Meteologi

So long aku dah melupakan tempat luahan aku ni... mana tak nye, sibuk dengan urusan duniawi..... camni cite nye, aku telah di aniayai, LOL aniaya~ haha.. bukan ler, maknanya aku telah diLantik oleh Allah (Bak kata ustaz Imran) sebagai Timbalan Presiden untuk Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah atau nama ringkasnya, PMFPM. Berat ni, beberapa kali aku terlintas untuk letak kan saje jawatan ni. Tetapi bak dalam hati ni sentiasa ada... Amanah dan kepercayaan orang yang aku tengah galas ni, belum apa-apa dah nak letak jawatan. So, aku gagahkan jua.. melangkah hari demi hari.. sedangkan aku tak reti pun nak buat kerja-kerja persatuan ni.... Adoi lah~~ akhirnya aku tekalkan hati. I MUST LEARN! YEAH! WHATEVER WILL HAPPEN IN THE NEXT, IS NEVERMIND, I WILL KEEP IN LEARNING!!!!! RETREAT! HELL!.. haha... kire nya aku akan berjuang lah sampai ke titisan darah terakhir...

Ok lah, tak banyak yang aku boleh cakap pasal Persatuan ni, sebab ia nya agak privasi, dan memerlukan komitmen aku sebagai salah seorang pemangkin persatuan.... aku tahu kedudukan aku, jadi aku akan lebihkan belajar, dari mereka-mereka yang lebih otai dari aku.. harap-harap mereka semua tak keberatan lah kan.. hehe...

Itu saje k0t utk hari ini.. ade perkara yang bermain dalam fikiran aku nie.. tapi takpe lah... later on akan diceritakan yerp.. btw, asal blog ni da kembali ke bentuk asal.. haha.. memang ni style painapple punya karya k0t....

p/s: Bila dah tau berlari, jangan lupa pada yang telah menyusukan... :)