Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0, Duduk Bantah

Assalamualaikum Kalian,

Tanggal 28/04/2012 akan berlangsungnya satu lagi peristiwa bersejarah di Malaysia dimana satu gerakan perhimpunan BERSIH akan diadakan pada hari Sabtu tersebut di Dataran Merdeka. Ada yang menyokong, ada yang menolak. BERSIH 3.0 kali ini membawa moto "Duduk Bantah" yang mempunyai maksud tersendiri dari perkataan tersebut. Aku yakin, tema tersebut diletak selepas perbincangan dengan Tokoh Sasterawan Negara (S.Samad Said) yg aku amat sanjungi sejak dari sekolah menengah dengan puisi beliau yang puitis. Ayat yang aku suka antaranya, "Diam-diam ubi berisi, mengapa kita harus begitu". Jika kita orang mempunyai banyak ilmu, kenapa kita mesti mahu berdiam diri, sedangkan Saidina Ali juga pernah berkata, "Harta berkurang apabila dibelanjakan sedangkan ilmu berkembang apabila digunakan".

Aku sokong atau tidak? #Bersih

Jawapan dia sangat mudah, jika itu adalah untuk kebaikan rakyat, aku sokong selagi ia tidak bertentangan dengan syara'. Jika dilihat pada objektif BERSIH untuk kali ini juga sangat bersesuaian kerana sudah hampir dengan PilihanRaya Umum dan tiada satu pun yang dilihat pada kepentingan diri sendiri. Berikut adalah 7 tuntutan BERSIH 3.0

TUNTUTAN BERSIH 3.0
1.Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos.
3. Gunakan Dakwat Kekal.
4. Akses Media Bebas & Adil.
5. Masa Kempen Minima 21 Hari.
6. Kukuhkan Institusi Awam.
7. Hentikan Rasuah.

Tuntutan-tuntutan tersebut tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada pelaksana sekiranya pelaksana tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu berani kerana kita tahu kita benar. Aku juga sebagai seorang pemimpin walaupun hanya bagi sebilangan golongan kecil, aku perlu berani, jika aku seorang yang salah, aku mahu dibetulkan. Itu adalah yang perlu bagi setiap seorang pemimpin dari apa yang aku faham baca dan dengar. Berikan contoh pada zaman khalifah Umar Al-Khattab. Sebaik sahaja dia dilantik sebagai Khalifah, ada seorang rakyat bertanyakan pada beliau, adakah dia boleh memenggal kepala Saidina Umar dengan pedangnya sendiri sekiranya Saidina Umar menjadi seorang Pemimpin yang tidak Adil, dan beliau bersetuju malahan bertegas agar beliau melakukannya jika beliau telah terpesong. Sesungguhnya itulah sifat seorang pemimpin, mahu diperbetulkan apa yang salah. Takut pada hukum Allah, bukan takut pada Hukum dunia. Wallahualam.

Yang penting, niat tu diperbetulkan sebelum melakukan sesuatu.

Bukan provokasi atau huruhara yang dimahukan, cuma sebagai seorang insan, sebagai seorang rakyat, semestinya mahu sesuatu yang betul, adil, dan saksama untuk tanah air. Barulah negara boleh menjadi negara yang proaktif dan berkesan. Malah akan disanjung oleh negara-negara luar. InsyaAllah.


P/S: aku masih tertanya-tanya, Dataran Merdeka bukan tempat berpolitik?. noobhai me lah. T_T

No comments:

Post a Comment