Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Tuesday, December 6, 2011

Adik Kharul Fahmi Meninggal Dunia

Ajal tak mengenal usia. Itu yang boleh diperkatakan oleh situasi yang menimpa keluarga Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan apek. Adik beliau, Mohd Amirul Izzat, yang baru berusia 16 tahun, telah kembali ke rahmatullah akibat dari demam yang berpanjangan disamping mengalami komplisasi paru-paru pada jam 11.45 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Menurut kenyataan apek, Izzat telah dimasukkan ke hospital sejak sebelum Hari Raya Haji lalu. Dan keaadannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika apek sedang mewakili skuad Harimau Malaya Muda untuk beraksi di temasya Sukan Sea di Jakarta. Jenazah Allayarham Mohd Amirul Izzat telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Wakaf Mek Zainab.

Untuk informasi lanjut boleh melewati laman hiburan terkenal di Malaysia OHBulan! pada entri (Kharul Fahmi Bersedih,Adik Kandung Meninggal Dunia). Semogra roh beliau dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Sunday, December 4, 2011

Pokemon dan Android

Permainan games dah jadi macam ganja untuk aku (nampak macam extreme betul). Kalau bukan permainan dekat komputer, dekat Handphone aku pun jadi lah. Walaupun samsung galaxy mini aku ni tak la sehebat mana untuk run application yang gempak-gempak, tapi masih lagi boleh support satu application yang aku rasa sangat syiook dan best lah. Tak disangkakan bahawa OS android boleh digunakan untuk emulator gameboy. Antara game yang popular dikala zaman kegemilangan gameboy adalah semestinya "POKEMON". Pelbagai versi pokemon boleh didapati dan sehingga kini yang terbaru, dari keluaran GAME FREAK, Pokemon Black And White pada March lalu. Dan aku sudah pun sudah test drive game tersebut. And not bad, cuma tak sesuai dengan jiwa aku yang lebih pada ketradisionalan. Kerna makhluk-makhluk pokemon dalam tu kebanyakan jenis yang urban, berbaju besi dan so on. Jadi macam boring sikit lah. Buat masa sekarang ni aku sedang bermain pokemon firered, berbeza dari version pertama yang tidak berwarna, pokemon firered menampil lebih animasi berbanding pokemon red. (pokemon paling best adalah pokemon Yellow, sebab ada pikachu yang comel follow dari belakang!)

Terimas buat developers yang baik hati untuk membangunkan software buat android. Disebabkan mereka lah aku dapat mengisi keboringan aku daripada duduk termengu je kan.


Emulator tu boleh didownload dari android market yep. Lepas tu kalau nak main games, kena download dulu dari pc or laptop "roms" untuk game-game yang korang minat. Dah ada file tu pastu boleh lah masukkan ke dalam handphone guna USB-cable aje. Senang bukan? cubalah. :)

Wednesday, November 30, 2011

Cappucino Dont Say No

Alhamdulillah akhirnya siap juga separuh dari permulaan ke arah perubahan pada yang lebih baik diblog ini untuk menampakkan kelainan dan kematangan dalam penulisan blog(sudah matang?, ha ha). Walaupun masih baru dan masih boleh dianggap sebagai newbie dikalangan bloggers, namun diri ini sentiasa memandang untuk menjadi lebih baik. Bukan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain, tetapi lebih baik dari diri sendiri. Itu adalah tips yang berguna untuk terus maju selama-lamanya.

Petang tadi, pepatah kalau ada kemahuan, segalanya mungkin terjadi. He He. Al-kisahnya petang tadi disuruh untuk membayar bil Indah Water di Post Office Hentian Kajang. Lama juga menunggu walaupun jarak nombor cuma sepuluh angka pada saat waktu nombor giliran diambil. Mahu tak mahu menanti sahaja dengan sabar menunggu nomborku dipanggil. Memang adat seorang manusia, masing-masing mahu cepat dan senang. Begitu juga dengan aku. He He.

Setelah selesai urusan pembayaran bil, tidak ku sangka, hujan pula petang-petang begini. Dalam fikiran memang mahu melantak iCeBlog perisa cappucino(favorite). Dengan selamba walaupun sedang hujan, disebabkan mahu memuaskan nafsu amarah, aku kebalkan diri redah sahaja hujan dengan "The Punisher" ku yang tersayang. Dapat la aku merasa iCeBlog yang berhantu tu untuk kali ini walaupun dengan baju yang basah kuyup, tapi macam yang dikatakan, mahu seribu daya, tak mahu seribu berdalih. Maka terjadilah ia dengan Izin yang Maha Esa.

Sebut tentang keizinan, akhirnya aku mendapat keizinan untuk menetap di luar oleh pihak kolej, Alhamdulillah. Berjaya juga aku dalam permohonan tersebut walaupun ramai dikalangan kawan-kawan aku yang lain tidak mendapat kelulusan dari pentadbiran. Memang dapat makian lah dari mereka. Aduhai. Sabarlah. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. and it always be. :)

Tuesday, November 29, 2011

Dalam Penambahbaikan

Kalau dalam bahasa orang putih, "In Maintenance". Blog ini akan berubah wajah dalam masa terdekat. And akan menjadi lebih formal. Ha Ha.

Thursday, November 10, 2011

Emosi ku tak Stabil kini Gara-Gara Mu

soooooooooooooooooooooooooooo serabut lah.. haha.. (serabut pun gelak) @_@!!! aahaa memang serabut pun pale nie sekarang.. aduhai.. nak sambung belajar pun banyak benda yang menyerabutkan nye pun... hadooiiii... takpe takpe... ingat esok nak pegi setelkan.. tapi macam malas la pulak.. adess... rajin! rajin! rajin!.. dengan selambe nye aku cube memotivasikan diri sendiri.. ye lah.. takde orang nak motivasikan aku.. so tak salah kan aku try cuba motivasikan diri sendiri... kehkehkeh... ha nie camne sekarang nie... aku punya permohonan nak duduk luar kampus taktaw kena reject ke tak.. dah pointer tetibe leh bawah 3 lak.. aisemen.. aku da agak da subject tu akan wat slack kat result aku.... huh!!! sikit je lagi! sikit je lagi!.. yang aku tension sebab tak atas 3 tu satu jer... sebab nanti ade problem kat permohonan nak duduk luar kampus.. waaa... ha nie ade satu Orang BESAR nie.. perghh backup baek punya pentadbiran kolej.... siap buat calculation lagi tue.... nak kate duduk asrama lagi murah dari sewa kat luar punye pasal... bro, yang awak kira tu untuk satu orang punya sewa.... bukan satu rumah punya.... memang la gitu jadi nye...... naek moto pun orang naek ramai-ramai.. gile ke hape nak bawak 1 motor sorang pegi kolej.. nak tayang motor ker banggg?? apadaaa.... nak buat calculation.. kena la amek kira semua... jangan hentam semberono jer.. kami tak bodoh... kal0 nak lagi bagus.. mantapkan servis kat asrama tu dulu.. nie aku tengok dah macam hape.. kebanyakan paip.. rosak.... pastu dah tanggung k0s tinggi sebab pembaziran air.. mau carik siapa? siapa lagi.. sendiri mahu pikir la... sebab tu aku cakap.... kadang-kadang kite kena pikir cara nak kurangkan kos.. bukan nak tambah UNTUNG SAHAJA.. paham tak konsep die?... nie kal0 air dah melimpah2.. takleh tutup paip.. apa haram tu.. ingat air murah ker sekarang nie.. taulah kerajaan Selangor tanggung sebahagian dari perbelanjaan bil air kat Negeri nie... hish.. btw, tiap sem mahasiswa/mahasiswi kolej nie akan ada hari die berbau busuk(tak mandi, takde air)... :)

ini benda tak letak dalam abang punya blog? ops.. lupa... benda nie mana la nak nampak, orang BESAR la kate kan.. >.<

Hmm, lagi satu.. kalo orang nak duduk luar.. adakah wajar untuk membuat paksaan... kalo mengikut penelitian aku.. tak ubah seperti menjual barang secara paksaan.. contoh situasi, kalo tak beli pop corn.. tak boleh masuk wayang, termasuk yang tak suka pop corn tu... amacam? dapat tangkap tak apa kata ganti nama itu wayang.. dan itu pop corn? sarcastic bukan? terima saja lah.. :)

dah la tu aku membidas.. aku pun saje je nak melepaskan yang terpendam nie.. baca je blog macai-macai nie.. hangin lak... wat tambah serabut jer... kadang-kadang ade yang suka kipas bontot orang.. mane taw dapat bau... kalo naseb baek dapat la tahik.. LoL.... em0si betul nie.. yela.. orang kaki ampu.. aku em0si la..... sabar.. sabar...sabar... ch0w.. :D

Sunday, October 9, 2011

Kenangan la pulak =.="

omaig0wd.. suddenly perasaan ni datang balek... but i will make it s0 strong as i should to be... :)
ini semua gara-gara lagu avril lavinge- wish u were here la nie... huhu... sooooo sad ler.... u always there.....but right now i wish u were here... hmmm..... seriously.. i missing someone.. someone is n0w happy with her own life.... ni gangguan syaitan je semua nie.. kenangan-kenangan lama datang kembali, walaupun tak banyak.. camne orang cuba jatuhkan aku... camne orang laen datang menduga. but aku tak salah kan mereka... it was not 'them', it was me, who are the one to blame off... :)

suddenly ade orang bertanya pasal my birthday n her birthday.... memang aku terasa walaupun tarikh tu sangat aku ingati....tapi still sangat shocked la kan... then tibe-tibe teringat, all of my past.... the beginning of my life..... how the painapple got its name... it's all about her.. yes,it was all bc0z of her... :')

kal0 mau di ceritakan apa yang berlaku seterus dan seterusnya... panjang wooo... sampai da tak tertulis lagi dah.. hehehe.. my long Loooo00nnnnggggg Journeyyy....... takkan habis... xD

so tu je untuk kali nie.... kite takkan dapat mengubah apa yang dah berlaku.. tapi kita dapat mengubah apa yang bakal berlaku dengan usaha kita sendiri... usaha tawakkal dan doa.. 3 senjata penting dalam kehidupan sehari2an..... :))

Thursday, October 6, 2011

Joomla dalam pembelajaran

I'm Learning to Using JOOMLA.. haha... cam susah.. tapi kal0 usaha.. tak mustahil kan.. g0 g0 chaiyokkk!!!! wish me all the best... ne ar taw dapat jadik web developer yg paling hebat satu hari nanti kan.. :)

Thursday, September 15, 2011

Harga Diri bukan Lagu wali band

haha.. kejap gile, kejap el0k... ieshh~ pelik la kaw nieh.. ekekke.. takpe la.. just go 0n n 0n~ (titanic).... menghargai.... sebut je pasal harga2 nie sebab terbaca posting dari abang aku kat facebook, "sebut pasal kenaikan harga sana sini...bagaimana pula harga diri?".... wao memang ade maksud die tu.. suka betul die wat status sinis.. ekeke.. pastu ada la org-org yang k0men, ada yang boleh main timbang, ada yang boleh tawar2.. tp tu memang betul pun, lumrah hidup.. gile ah...

ha kite beralih drpada menghargai harga diri yang berharga... LuL...kite g ke menghargai apa yang kita ada....... general okee bukan spesifik.. tak kisah la harga diri ke, bas mini ke, wira aeroback ke, semua la sekali.. "menghargai".... cam aku nie, tak reti woo nak menjaga sesuatu yg aku hargai, cam ada barang2 yang aku sayang sangat2 kejap je da leh rosak walaupun aku da cuba nak jaga lekl0k.. sebab bel0m bersedia k0t nak menjaga sesuatu walaupun da cukup menghargai.. kadang-kadang ada ramai je kawan yang tolong aku.. teman aku tatkala kesedihan, tapi bile da sampai masa, walaupun aku taknak berlaku, tapi tetap berlaku gak.. perpisahan~~ wwuuuuuuuu....

pengorbanan yang dilakukan tak semestinye orang laen rasa, tapi kita sendiri dapat tahu.... dan pengorbanan membuatkan kita sakit, dalam masa yang sama, kita puas dengan pilihan sndiri.. sejauh mana kekuatan hati kita nak menampung sesuatu pengorbanan itu bergantun pada determination kita sendiri, sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan pengorbanan itu.. (nampak sangat aku tak berapa nak ikhlas berk0rban kan? oh damn, i wanna be 'the better', but i wanna u be 'the best' ever)... amissyah... amissdatmomen...amissinyu... :)

Tuesday, September 13, 2011

Sementara Menunggu

Oh Dammit.. cam biasa.. dah biasa... pusing dan pusing.. :)

jom layan lagu dadali..

Sadis dengan lirik penuh bermakna.. :)

saje je try post video dari youtube.. selama ni tak taw woo.. gile mundur diri ini.. tapi learn n learn.. wakakkaa.. perosak bahasa tul aku ni.. =.="

pape pun wish u all the best.. be better than yesterday, wake up and put ur beauty smile on ur face... GO! FLY! and BECOME BEYOND HAPPY!!!! u can do it.. what could i become is only to be a doctor, heal ur wound, n be forgotten... i cant to become like a mum, selamanya dalam ingatan... sebab aku lelaki! wahahaha.. alamaks da kantoi lak identiti aku seorang lelaki... LuLz...

oh mai oh mai~~ sekarang da musim final woots, cam takde feeling je nak final, come la semangatku.. kembali sebelum kau ku cari, heehee... okeyh la.. buku, here i come, cepat tolong aku untuk tidur wahai buku ajaib..(aku panggil die ajaib sebab once aku bukak buku, terus di awang-awangan).. haha.. chow br000~~n sis~ =.="

Wednesday, September 7, 2011

Mel0di Rinam (tajuk lagu nie) HAHA

Fikiran melayang terbang,
Tenang dirasa cuma,
Terukir senyuman sendirian,
Cerita kita.

Berjanjilah kamu tetap kamu,
Seperti kamu yang dulu,
Tiada gelisah tiada curiga,
Jadikan penantian ini tiada sia-sia,
Ku harap dirimu kan beyond happy,

Walau jauh namun selalu ada,
Bila ku rindu ku pejamkan mata,
Menunggu tuk menari di kayangan salju, bersamamu,
Oo ooo dah ku temu..
cahaya kebahagiaan kemulianku...

Redup nya dari renung matamu
Membuat terasa hidup kembali,
Merasakan hangat itu,
Sempurnanya hari-hari ada kamu,
Dengarkan lagu ini,
Ku gubah istimewa buatmu,
Buatmu sang puteri... :)

Copyright@painapple :X

Tuesday, August 30, 2011

painapple diary-tears of pain's heart

if you could see through my heart..
deep down inside...
pain and hatred crawling..
like a starving creeps..
craving flesh of my heart..
leavin the scar 4 eternity..
its full of sorrow..
creating the hollow..
surprise by own shadow..
as it wont grive so long..
lying at cemetry..
moaning for no reason spelled..
and if you could only see into my heart..
not by my sight outside..
poker face express joker face.
to make people pleased and smile..
to be happy while it is so far away...
to be laugh while eyes cry..
strive as perfect Hippocratic...
good soon be better...
bitter invade best...
yet moon never dissapear..
seems light come no longer..
upside down you still linger..
so be it dear...
i spit the voice for you to hear..
as your blindness to see through my hearty heart in sober..
hover didnt bother..
fantasy is all however... :)

(sorry for my bad english)

Thursday, August 25, 2011

Cinta Motor Dan "saya budak bachelor"

Aku usha-usha la balik post-post aku sebelum nie... cam kelakar and terkejut pun ade... camtu ke aku punya entri dulu-dulu?? haha.. cam tak caye je.. nampak berkarisma dan mempunyai x-factor tersendiri(puji diri sendiri nampak)... tapi sejak kebelakangan nie entri-entri aku jadi macam membosankan la pulak.. nampak macam mendatar je cite nyer.. kehkehkeh.. mungkin la.. mungkin la ye kengkawan..... aku sudah matang... LOL! lagi tak leh blah statement.. ha ha ha... ok lah.. for serius.. maybe aku dah menempuhi satu level di mana pencapaian untuk tahap kematangan.. for real la... nie nak di jadikan cite ek... tak taw la betul ke tak an.. atau cuma bayangan perasaan aku jer an... kal0 dulu, semua yang aku wat just depend on emosi.. c0ntoh eh, kal0 aku sayangkan motor a.k.a bini aku(the punisher) an... sape-sape berani sentuh atau cuba untuk menganggu gugat keselamatan the punisher aku, time tu jugak aku bagi C4 direct tak cakap banyak.. haha..

sekarang nie kal0 orang nak naik my punisher tu pun takde hal dah.. sebab aku kena pikir gak orang yang nak naik tu, maybe die ade urgent ke, atau apa-apa jer, or maybe the punisher tersayang aku tu lebih sayang kat orang yang naek tu... oh the punisher, adapun begitu, aku sentiasa ada untukmu.. Wakakaka.. emo betul nih ngan moto sendiri pun... ye ar.. ngan aku esek nak rosak jer... ha teringat satu kata-kata aku dengar dari orang.... "jangan berharap pada pertolongan orang laen, tapi haraplah kita sentiasa dapat menolong orang lain"- ha tu dia da wat ayat sendiri, tapi ada la orang cakap camtu... bukan aku.. aku plagiat je.. ini pemalas punya orang nak pikir memang ar.. hahaha...

ok la, tinggalkan cintaku pada motorku punya kisah.. kita pegi ke kehidupan aku as student bachelor accounting kat KUIS terhebat nie... nie kisah dah nak penghujung semester 1 dah nie.. begini kisah nyer, hari last kelas tu, tibe-tibe lak hujan mencurah-curah, langit menangisi perpisahan yang bakal berlaku la tu k0t..

duhai gerimis,
ku tahu dikau bersedih,
tapi usah kau bimbang,
air mata yang kau tangisi,
jatuh ke bumi berderai,
menjadi kerahmatan buat sekelian alam,
petir dan guruh meraung kesedihan,
jauh kedengaran, hiba kelihatan,
andai gerimis itu air mataku.....
kan ku biarkan ia berlalu...
dalam tangisan syahdu....
rebah ku sebentar, kerna ku yakin...
mentari kan tiba... :) -@painapple copyright (wakakaka)

LuL, tetibe lak terkuar ilham camtu...

ini sambungan kisah tadi... nak taknak pagi tu aku g la redah gak walaupun dalam hujan, nak pakai baju hujan, tapi takde, takpelah.. the punisher aku basah takkan la aku taknak basah lak an... so sama-sama basah la.. biar adil.. HAHAHA.. kang kate bodo marah.. kehkehkeh... tapi nak wat camne.. mmg takde baju hujan time tu.. huuuu~~ jgn la kate sy bodo bang... huuu~~~ ok lah.. sesampai je kat kls dalam kelewatan, aku ngan blurr-blurr nye nak masuk pintu, tibe-tibe dapat idea bangang yang tak terpikir pun slame nie.. HAHAHA!! aku bukak tombol, then dengan selamba tanya lecturer aku, "puan, kat sini ada aircond rosak ke?(sambil bajet jadi maintanence)".. HAHAHA!! tak sangka kebodohan aku sampai tahap camtu...... aduhaiii....... puan ngan selamba je,"awak ingat saya tak kenal student sy?" (sambil senyum)... sempoi la puan..... huhu.. (padahal nak pujuk hati dah terlewat tu).. alahai.. tu la last and last! aku akan wat camtu.k0t. hahahaha..... memang giler.... MEMANG GILER!! tapi wa kering jer.. then semalam aku pun da g mintak maaf atas salah silap aku ngan die.. harap2x die maafkan la.. die tak maafkan tak berkat ilmu woo.. HuHuHu...

Tu je la k0t nak bercerita untuk kali ini.. semoga berjumpa lagi dalam rancangannnnnn~~~~ rancang la k0 sendiri.. Kah Kah Kah~~~ chow...

p/s: really miss nurins....... :(

Sunday, August 7, 2011

kisah sedih ku....haha

hehe dan assalamualaikum.. sambil2 layan lagu modread "kisah sedih" lak malam2 camni...perghh nostalgia beb lagu2 sedih camni.. huhu...banyak dah liku2 kehidupan dah aku lalui. ..tp itulah life...tak syokk la kalo semua nya best an(ayat penyedap hati yg keciwa lagi berkecai)...cewah2 mentang2 ngah layan lagu jiwang,ayat pun nak good2 je..haha!!!

hurm.. yezza memang ada sumthing sedang bermain di fikiran aku skrg...sbb tu da tak gelak2 sangat.....benda yg da berlaku mengubah segala konklusi...tapi aku xnak kembali pada zaman yang lepas...kalo tak takde la aku belajar pengalaman yang berharga nie..xnk xnk xnk!... huhu...

aku sebenarnya nak tulis semua yang aku rasa sekarang, tapi kat sini bukan tempatnyer............aku kan artis yg tak menjadi...huhu....

hmm....setelah nak sampai akhir2 sem baru aku datang feeling utk teruskan kehidupan sebagai pelajar...agak berat utk aku teruskan belajar sem nie.....it is so hard to love the things you hate...but it is harder to hate what you love...

bermimpilah selagi mampu, kerana kejayaan beroleh dari impian yg tidak nampak pada dasarnya....

akhir kata, please......i really want it back...:(

update via phone...first time kot..hehe...

Sunday, June 26, 2011

Futsal - Bring Down The King!

King Wont Easily Die

Hahaha... ok lah aku rasa aku penah janji nak citer pasal kehidupan futsal aku dalam entri yang lepas lepas (sendiri pun da lupa entri mana satu). So entri ni harap-harap dapat lah aku mengotakan janji.. LuL.. huhu... ok lah... serius to say aku penah stop main futsal hampir setahun sebab ada kecederaan sket kat pangkal kaki.... nak rembat ala-ala roberto carlos da tak boleh..wakakakaka... da lama berehat tgk je kawan-kawan yg laen maen, aku cube la jugak main.. tp sentuhan tu dah takde..... oh kembalikanlahhhh~~ haha...

Ok la, tu cerita pasal aku, ni cerita pasal kawan-kawan sefutsal lak... hehe...

Dalam sistem futsal ada satu jenis permainan futsal yg org panggil "king stay"... futsal main camni sape kalah kena keluar.. ganti ngan team lain.. nak main team ni kena ada lebih dari DUA TEAM, ye la kal0 ada dua team je sape yg nak ganti team yg kalah... huhu... cara main pun ada dua, satu main masa, satu lagi main gol(yg ni cam tak adil sket la)......

Main Futsal ni seronok... leh kuar peluh yg dah lama bertakung.... kal0 wat empangan pun dah penuh, so kena la lepas sket2.. haha.. (tak paham).... dalam "tournament"(poyo) kali ni, team kiteorg berdaftar atas nama "team kira kacang"... kenapa nama tu? tu kena tanya die pye pengasas (FIQ D.MAFIQ)... haha.. team tu tengah rebuild baru, sekarang ngah nak train sama-sama lah.. ahli dia [mafiq(keyplayer), apen(GK), Dugong(nie aku tak tau die main ape,wakakaka),aku (Last Defender), Ijat (sama macam dugong, lom knl pasti boleh main mana)].... semua da banyak improve, paling nampak yg improve kat game last aritu si apen, cekap semacam... makan pil kuda ke hape die tu.. haha...

k lah, tanpa membuang masa... ni la sedikit sebanyak gambar untuk tatapan.. huhu.. Credit to Usui Akira (syakir) atas foto-foto yg die amek.. hehe... :)))

Ni kete dak-dak nie (orang kaya)

Gua Naek moto je beb
Ni la si mafiq aka keyplayer aka my bestie.. :)
NI barisan Motor-motor yang hadir (nampak tak the punisher gua?)
Tadaa... amek gambar bersama2

Si apen lansi wooo... die penah sound org suh keluarkan kami dari padang.... sebab da lama sangat dalam court.... gile lansi tak lansi lah kan?... insaflah...

Tuesday, May 17, 2011

Merepek lar post kali nie (still dalam waras)

datang feeling lak time-time nak subuh nie..... tibe-tibe jer.... semua yg berlaku pada waktu lepas.. datang kunjung semula.... ni la k0t situasi nye kite tibe-tibe tertoleh ke belakang semula sebelum teruskan perjalanan hidup.....

tapi malam nie aku just terkenangkan kesilapan demi kesilapan yang aku dah buat..... aku bukanlah orang yg pandai buat keputusan... dan ada la ego yang tinggi juga..... (mengaku tuh)... tapi apa yg buat aku rasa terkilan.. bile orang laen buat andaian yg kadang2x aku pun tak terfikir jauh tu sampai nyer atas tindakan yg aku wat.... kira betul lah orang cakap.... sejarah dah banyak tersimpang jauh... sebab dah sifat manusia.... suka pada keindahan dan keterujaan.... dat why dieorg suka tokok tambah... mitos je lebih......

beberapa kali aku penah terperangkap dalam situasi.......... memang kejam betul dunia nie..... nak cite pun cam sadis jer... pedih woo hati nie..... slalu jadi mangsa keadaan..... aku pun tak paham kenapa... nampak muka aku cam muka tempat die letak semua masalah die kot.... senang.. serah je salah die kat aku... takpe lah... nanti akhirat tu ada.... ada Al-mizan.. yang buat cite-cite yang tak betul pasal aku, sorry to say la yer.. nanti kita jumpa juga... :)

sedih boss.. sedih....

nanti lah.. kal0 ada mood utk aku nak cite pasal apa yg berlaku time praktikal dlu.. nanti aku cite... haih~~~~

hipokrit ramai dalam dunia nie... cara-cara nak taw... k0 sepak kepala dia laju2.... cb ini orang...... hidup nak senang jer.....

Friday, May 13, 2011

Kasut kamu bukan Kasut aku

~Malam Yg Sungguh Indah~
Lantas segala yg tekal tersembunyi di siang hari kini tiada lagi
tempat untuk berselindung di balik bayang-bayang.....
setiap senyuman di bawah mentari......
gelak tawa riang yg mendamaikan...
tiba rebah dengan linangan air mata kini....
ketenangan pada wajahmu...
sedikit pun tidak memberi petunjuk akan keperitan yg melanda....
bijaknya kamu memendam rasa....
tabahnya dirimu...... sabarnya hatimu......

sekian.. pendek jer.... n tak best pun... just suka-suka... nie khas utk kawan aku..... selama nie aku tgk die cam okeyy jer.. takde masalah pe pe pun.. sentiasa senyum jer... dan watkan org laen tersenyum.. rupa2nya.. ada benda yang tersimpan di hati.. kalau lah aku berada pada tempat dier.... hurm....... susah kite nak mentafsir apa yg ada dalam hati seseorang... dan amat sukar kita nak nampak dengan jelas apa yg die sedang rasa sekarang... sebab tu kal0 kite di landa kesalah fahaman, cuba untuk berfikir sejenak.. apa yang di hadapi.. bukan hanya yg kita hadapi...... ada sebab berlaku macam tu...... masalah die.... yg kita tak taw...... mungkin.... :)

tu je la k0t aku nak sampai kan......

~tamattttt~

"we couldn't be in others shoes, so don't ever expect u knows everything.... will cha?...:)"

Friday, May 6, 2011

seminggu hari-hari ku....

runsing..
jiwa kacau..
hidup dalam kekeliruan... T.T

Wednesday, April 27, 2011

Bosan Zone

aduhai~
aku penah dengar... perkara paling utama yg perlu elak dalam diri.... "cepat Bosan"...
bosan dengan apa yg ada.. b0san dengan keje yg di buat... bosan segala2xnya la........
tp dalam tiap negetif.. masih ada positifnya... contoh... die akan buat sesuatu yg baru.. dan baru...
cuba dalam pelbagai cara.. untuk dapat hasil yang berbeza.. supaya rasa bosan tu takde la sangat...
tapi entry kali nie bukan nak cite pasal positif or negetif..... tapi nak cite ape yg dah berlaku dalam hidup aku... kebosanan........

kita balik ke zaman dulu-dulu... penah satu masa tu.. aku tak dapat teruskan pembelajaran... time tu aku di tingkatan 5.... tahun SPM tu... 2 bulan aku tak g sekolah.. jeles tu ada la... dalam hati memang terlalu jeles... ye la... kawan-kawan laen g sekolah.. aku duk kat umah... kadang-kadang aku g la jugak sekolah... lepas kan rindu kat sekolah.. apa yang beza.. aku tak beruniform sekolah macam yang lain... perasaan time tu memang giler-giler nak belajar............... pas dua bulan tu.. dapat la masuk satu sekolah........ pergh~ semangat punya semangat.... aku belajar macam orang giler... org kat A, aku dah kat C.. semangat terlajak punye pasal.. (lagipun aku da tertinggal jauh, 2 bulan jadi budak tak sekolah)...haha.... tapi.. semua tu tak lama.. walaupun dulu perasaan membuak-buak tu ada... tibe-tibe dah takde... bahaya woo.. jangan camni... tapi nak wat camne.... aku cepat bosannnnnnnnnnn... arghh tensen nyer........

pastu time praktikal la pulak..... time praktikal.. masuk-masuk praktikal jer... awal-awal memang semangat giler... then da tengah-tengah tu... alahai~ bile la nak abes... haha......... praktikallll praktikal...

then time keje laakkkkkk.... seyes.. aku rajin giler keje... kal0 kuar pagi.. balek esok pagi pun takde hal.. tp tu awal-awal jer lah.... then nanti kejapp je da mula bosan... dah dapat something baru.. then aku bosan~ bosan~ bosan~ bosan~~ arghhhh!!! bosan!!! bosan lah taip nie! wakaka...

aku harap aku dapat berubah laa... nak istiqamah... tapi kal0 istiqamah bab benda sama berulang-ulang... mesti bosan.. WARGHH!! bosan lagi... zzz..... benda yang masih tak membosankan......is DOTA!.... tapi kadang-kadang bosan jugak~~ woi bosan! blah ar dari aku... jgn dekat lerrr!!! bosan bosan bosan.....

aku pun da tak tau bape banyak 'bosan' dah aku taip.. nak tunjuk betapa bosan nyer aku... waaaaa........ main ps2? main ps3??? main game??? woi! itu semua dah bosan..... aku bosan dengan cintamu.. aku rasa buang masa~ lol akim..zzz.. ni kes bosan ar ni...

akhir kata.. jangan lah ada sikap cam aku nie.. merana diri... jangan cepat bosan......... kal0 boleh.. bosan lambat-lambat sikit.. hehehe.....

Mood: bosan + fed up........ sebab? adalah..... bukan pasal girl yer... amat jauh sekali tu.. huhu....

Tuesday, April 5, 2011

My Words In Your Heart... :)

Haha.. Rasa kelakar lak.. penah satu ketika dulu ada orang cakap(lelaki yer,bkn pompan), aku nie kal0 buat ayat-ayat puitis mesti hebat... aku bukan puitis.. aku perlitis(perli).. haha.... then masa tu.. aku cuba la karang satu sajak.. untuk kedai aku... aku conteng atas meja kedai runcit tu tanpa rasa bersalah.. huhu.. habis penuh dengan tulisan buruk aku nie... macam-macam aku letak dalam tu... bertolak talik.. beralik kata... tapi sekarang yg tinggal kat atas tu akibat dari peredaran masa juz rangkap pertama dan kedua.. yg lain dah terpadam.. uhuhu.. penat woo pikir idea.... tapi tu la.. pas da siap.. puas nyer memang laen macam...

Then ada satu hari tu, aku ni kaki dota punya orang(buat yg masih belum tau), dikurniakan line yg problem, sebab kongsi-kongsi satu family, so dota nie kena ade connection yg stabil.. baru best.. tak lagg, dan tak delay... sebab kan masalah nie la aku jadi malas nak main sgt.. sian kat kawan-kawan yg laen.. aku jadi beban.. huhu... seantara tu la tercetus nya satu idea, yg mana menjadi perbualan kawan-kawan kat skype.. hahaha.. aku nak tergelak pun ader.. yep, masa tulis.. tak nampak apa yang unik.. then bila tgk feedback dari dieorang.. rasa kelakar!!! pun ade sikit rasa seronok.. hehehe... betul.. tak tipu.... walaupun nampak mengarut.. tapi bagi yang paham.. dia paham apa maksud nyer.. sebab memang khas untuk kawan-kawan kat skype jer pun..

pun begitu, walaupun nampak seperti rawak, tapi tu lah luahan dari hati ke hati.. hahaha..... dua hasil nukilan, "melayuku,idolku" dan "anak-anak ayam"....

kehkehkeh... nanti lah.. mungkin satu hari nanti aku post kan benda-benda yg "tersirat bukan mati" kat sini lak ye.. yg aku rasa sesuai untuk semua pembaca.. nantikan.. bila? tunggu... ilham tak perlu datang dengan paksaan, aku lebih suka akan kerelaan, baru lah ada kejujuran di setiap bait kata... :)

Monday, March 28, 2011

Artis Facebook Semakin Menjadi-jadi

Hey Hey Hey.... aku kembali lagi.. huahuahua... ari ni masih berkonsepkan sama.. Kritik mengkritik amalan mulia.. wohooo.. orait.. orait... aku dah start ni.. da datang feel.... itu mambang sudah merasuk.. kehkehkeh...

benda yg mengganggu fikiran nie memang aku rasa kal0 tak buat pun takper.. kal0 buat, buat orang rasa annoying... eh maybe k0rang cakap camni.. "suka ati mak bapak aku la nak buat pun, ko susah asal?"... OMG... paling kurang aku tak la pathetic@nampak terdesak sangat nak amek perhatian... nak tau apa benda tu???... kemudahan facebook la... dah la update tiap-tiap masa bak artis.. apa-apa aktiviti pun nak gtau.. berak.. makan.. tidur... main teng-teng... tu pun nak cite semua bagai.... cam die nak share semua aktiviti harian dia.. rutin harian dia.. agar para admirer@paparazi tau... kal0 la ade orang nak tau... wakakaka...

Post tiap saat tu satu hal.. pastu.. yang lagi memberangsengkan kepala otak ni, dia like semua status dia update....huh? apakah....raih undi sendiri nampak? tulis sendiri.. like sendiri..... takpe lah kan.. tu wall dia... siap komen sendiri lagi kat post die tu... tertekan sangat ke tgk post update status kosonggg je tade orang respon?... alahai.. apalah sangat nak tertekan.. dah k0 layan orang yg reply tu macam apa... orang 'like' k0 siap sound.. "yang ko like sgt nie tau ape??"...zzz!!! asal tu??? mental disorder kah? wakakaka.. amboi.. mentang-mentang baru dengar perkataan mental disorder tu.. amek peluang terus nak guna yer...:P

Jadi buat artis-artis Facebook...pandai-pandai la jaga hati "peminat" yer... jangan dikata kekwat lak yer(apehal tu..)...

facebook update tu guna la sebaek-baek nya.. aku kadang-kadang rasa kesian lak tengok 'artis' nie like sendiri, orang laen tade respon pun.. aku nak tekan butang 'like' pun segan.. ye lahh.. kang tak pasal-pasal kena sound.... artis la kate kan... tolak pinangan orang pun nak post... hmmm.... tau la artis market tinggi... wahahaha.... Ekk tu tak kemana pun.....ni la k0t sedikit sebanyak abuse update status FB nieh... semakin lama semakin menjadi-jadi...

hah.. btw.. kal0 nak kritik aku.. kritik je kat sini.. gua tade hal... yang tak elok gua nak baiki.. yang elok gua nak tambah-tambah-tambah elokkan.. hehehe.. orait guys?... jangan segan.. jangan siluu.. dada ini terbuka utk di kapak.. LOL!...... dada ini sentiasa terbuka utk menerima kritikan.. sekian... sama-sama lah kita perbaiki diri.. chow~

Sunday, March 27, 2011

Wat da CINTA LOL!

erm!!! omg....... aku terbaca lak blogg org pasal perpisahan.. org bercinta.. tapi aku macam dah dungu... apakah ini.... aku tak tau macam mana perasaan org yg putus cinta... ramai k0t mmber2x aku yg bulan nie putus cinta.. zzz.. apakah ini musim? macam musim buah durian gamaknya... huhu... tolong aku.... aku lupa! (bak kata nazmi raja lawak) kehkehkeh..

penah gak ade org mengadu kat aku.. "sakit nya rasa nie".."seksa nya rasa nie, Tuhan je yg tau"... errr...... aku bukan ape yer.... bagi aku.... boring......... bagi aku... leceh...... sory ya to all org yg sensitif pasal "cinta" yg didamba sgt tu.... lepas tu,time2x camni la baru igt tuhan....haihz..... ntah la...... aku ade gak terbaca fb post org.... 'bahawasanya janganlah kamu mendustai cinta itu, kerana hati adalah seperti kaca, jika pecah berderai, tak mungkin akan dapat cantum kembali"... zzz.. asal jiwang?? =.=!!!

(sory la yer, kal0 rasa posting aku kali nie agak annoying... perkataan LOVE tu sendiri sebenarnya dah annoying bagi aku)

so buat mereka yg sedang bercinta.. jgn la hanya pikir kehangatan bercinta yer... pikir la jugak bila cinta k0rang tu da xde.... camne k0rang nak hadapi.. semua tu tak kekal pun... orait?.. da hilang baru la nak menanges sana sini... relax sudah... macam la terus musnah masa depan.. apa da.... otak sempit jangan... okey? (cakap org sedap, ntah2x aku sendiri, haha)

lagi satu.. aku selalu dengar orang cakap.. dialah my true love.. wow!! true love? mana ada itu such thing... mengarut... da la lepas tak lama pastu clash.... mula lah buat ayat2x sedih... tade jodoh la..... true love konon.. poodaaahh...

lagi satu ayat cinta yg aku jumpa.. (keje nak kritik jer).... "cinta sejati adalah tumpang gembira jika org yg di syg tu mencintai org lain"... WOW!! ini baru lah hipokrit yg sejati..... what the.... haih.....

Senang citer.. better kita cuba dapat kan cinta yg Satu tu jer... ni tak.. terkejar2.. da terlepas.. mula lah meroyan... aduhai... apa lah.. aku ngaku aku dulu mmg camtu..... so kal0 k0rang baca.. maybe sekarang k0rang tak setuju ngan aku.. tapi akan tiba satu masa.... ini lah kenyataan.. yang indah2x cuma di tayang dalam filem.. tak semestinya dalam realiti.. banyak lagi benda kita leh wat dol... Sayangi lah diri.. Ingatlah Orang Tersayang.. kehkehkeh.. chow broo/siss.... be happy... :)

Thursday, March 17, 2011

My New Love E63

Uuuhhhh.. tensen2x.. ari ni tensen2x.... petaka nie petaka.. haha.. smlm sbnarnya aku da karang da untuk buat posting hari nie... tapi OMG.. pc aku ditimpa bencana... tibe2x lak rosak... aduh.. abis smua aku kasik format.. setel masalah.. masalah setel tapi kepala masih pening.. setel amende camtu.. macam2x lagi nak kena carik.. fail2x yg sblm nie... software2x sblm nie.. smua da kena telan dek bits2x nie.. hahha.. ntah amenda ngarut ntah nie.. yg penting aku tensen hari nie!! ahaha...

takpe2x...
dalam kesulitan masih terserlah kehappy-an.. ahh.. pedulik hapa aku orang nak kata kebodohan penggunaan tatabahasa pun.... igt nie apa? buku teks darjah 5??? lol.. asal emo ni.. jgn emo2x boleh? hahaha... yg happy nye satu.. yang sulitnya bertimbun2x wooo... tapi yg happy nie InsyaAllah berkekalan.. sampai bila? sampai bile2x hendaknya. hahaha...

apakah kehepian itu? ye... aku sudah ade pengganti baru.. pengubat jiwa lara yg terbakar.. kal0 xsilap dulu aku penah maki2x k0t.... HENPON AKU ROSAK!!!!! tapi minggu lepas... gua ganti henpon baru der.. tade la pawe pun.. tapi okay la.. boleh bawak jalan.. LoL!

K la.. aku bukan nak menunjuk2x.. tapi aku suka berkongsi.. daripada yang apa2x barang yg aku guna.. aku berk0ngsi2x la kan.. Henpon baru aku nie nokia symbia QWERTy E63.. keluaran pada tahun 2008... beli pun aritu kat Singapore.. alang2x sedara kawen.. jalan2x cuci mata,cuci tangan skali.. haha.. ok lah, bagi aku Henpon nie simple, sesuai utk golongan bisnessman, dan mudah.. cuma ada sesetengah function die terlalu banyak penggunaan teknologi network(internet).. ape2x benda je pun nak kena guna internet.. tapi bukan smua.. sstgh application.. maklum ar.. aku ni mana la penah guna henpon smartphone slama nie.. baru dapat.. macam kera dapat pisang ar kan.. abes di godamnya.. haha... pelbagai action utk henpon nie boleh buat.. cuma aku nak kena lebih explore lagi nieh.. hehe...

ok la.. stakat nie smua okay... cuma masih kurang berpuas hati... file .avi masih takleh main guna hp nie walaupun di namakan smartphone.. (nak pawer jer, modal kecik) ahhahaha... tade la.. tu yg aku cakap.. die xleh main format .avi... sedih gak ar.. nak tgk cite hantu kak limah pun takleh.. huahuahaua..

hmm.. kal0 nak taw lebih lanjut walhal ini henpon leh la layar laman web nie(http://www.gsmarena.com/nokia_e63-2599.php)... ni gua kasik tunjuk sket macam mana ghupenye henp0n baru gua nie... kal0 berkenan beli la yer.. gua tak halang... tapi gua lebih prefer Blackberry k0t.. sbb ade function BBM.. leh BBM ngan Gadis2x BB.. wakakaka.... k ar.. tu je k0t.. Welcome to My Life Symbian Smartphone E63... :)


Ini lah dia.. tapi hp gua wane itam.. pandai2x la korang photoshop.. wakaka

Saturday, March 5, 2011

Yahuuu.. I misss U

WowoW.. pertama kali aku guna keyboard nieh.. haha.. baru beli.. selama ni guna keyboard pusaka jer.. yang da 10 tahun lama nya hayat die.. 2minggu lepas tamat riwayat die akibat kebodohan aku sendiri.. air tertumpah atas keyboard(main game sambil minum).. kehkehkeh.. gila-gila.. mmg menyesal..... tapi takpe la.. benda da jadi.. takkan nak di kenang... hehe...

orait, orait.... aku rasa happy sikit la bulan nie, sbb tiba-tiba dak-dak taman ni start aktif balik dalam futsal.. aku pun join skali la kan... kal0 dulu aku main defender, kali ni aku main belah atas lak(striker utama)... pergh.. dengan berlengkapkan nike t-3 aku yang semakin serasi bersama, aku mengolak langkah dengan megah.. LOL!!!! hahaha.. saje wat ayat gempak...

setakat 3 match perlawanan friendly, kesemuanya kami dpat "tawan".... baru-baru nie lawan ngan satu team nie.. full of skill.. tapi lack of def... ape lagi.. aku sapu la.. hahaha..... (kal0 org baca ni k0mpem cakap,"lansi gila", da mmg nama team pun lansi FC.. ahahaha).....

Ye, nama team kami Lansi FC, tapi Lansi nye je lebih, pawer nyer tak pun.. ehehe.. semua players dari kecik besar sama-sama tu... memang best la.. semua da satu kepala.. tapi setakat nie belum lagi lawan yang betul-betul hebat.... ade satu team nie ajak friendly(aku penah main utk team nie, tp atas sebab-sebab tertentu aku stop dari main team nie,hehe),tapi aku tolak lah.. atas sebab-sebab tertentu jugak.. k3hk3hk3h... senang cite.. kal0 aku da tak bape nak suka.. memang sampai bila-bila pun aku tak suka.. zzzz....ade la sesetengah player die aku tak bape nak ngam.. biarlah, dia ngan cara dia,gua tarak hal, gua emo, gua belah jer.. xD

em, k lah.. kira nya da sampai part sentimental.. tingg tingg tingg(lagu emosi)... haih.. ape nak jadi nie... tiap kali aku tengok something.. aku selalu ajer melayang ntah ke mana....ting ting ting(music continues)....bila nak g Singapore... terasa seperti di robek-r0bek..... mengapa ada perasaan ini... mengapa!!.. ting tingg tingg....bile angin sepoi kebasahan tiba... aku terpaku bersendiri.. apakah ini rindu???!!! =.=" ohhh patin, ohhh tongsan.. ohhh rohuuu... aku rindu.... muahahahahaha!!.. woi g mancing woi! da tak tahan nie... :P

p/s: smua bajet star = bala! ni bala ni!

Thursday, February 3, 2011

Attitude Lorh Pulak...versi Pemancing

Warghhhh!!! (awal-awal da jerkah) wakakakka...

Stress gile... rupe-rupenya memancing ni bukan satu perkara yang remeh...kena ada kesabaran gile-gile.. aku lak bukan jenis penyabar.. aku langgar je semua..kal0 boleh aku nak tuba je.. tapi pikir benda tu salah..... jadi aku slow down.. sabar juga..pegang joran tu macam patung... berpura-pura tak apa.. macam kita berpura-pura dalam idup la...
andai satu hari tengah bersedih.... lebih baik jangan pamerkan kesedihan tu...
senyum pura-pura, biar orang kata hipokrit.. bagi aku takde masalah pun.. untuk jaga hati orang..yela.. ni kal0 da sedih tu.. masammmm je.. senyum pun tarak.. tak ke lagi tambah-tambah sedih..bukan takat k0 je sedih.. orang lain sekali sama-sama sedih.. tak elok la begitu..

aku lebih suka guna perkataan "jaga hati", dari guna "hipokrit".. Hidup memang complicated... haih...

eh, asal aku post camni.. macam la ngah bersedih.. wakakakaka... bukan ape... sebut pasal benda salah tak salah nie, aku teringat semalam... time duk sedap-sedap mancing.. dari kul 12malam.. sampai la 5 pagi.. ade la satu kumpulan ni... tak terdidik agaknya... selamba die g tarik pukat orang asli...... kal0 die amek ikan-ikan tu saje takpe la.. ni siap ROSAKKAN LAGI!... haih.... ape nak jadi... dah mencurik.. boleh pulak baca ayat-ayat Quran.. ini orang apa lampa?

ondesepot, terus kami sekali cabut lari... mau kena sumpit ngan orang asli.... ape nak jadi laaa..... dari mood membuak-buak.. bikin gua hangen jeee......... mau gua hentak helmet apollo 90 gua tu sek0-seko ( cakap berapi je)... hahahaha....

Memang bikin stress betul lah...... so buat kepada yang ingin menceburkan diri dalam bidang memancing ni... harap-harap korang isi borang kaji selidik dlu.. sama-ada k0rang ni orang yang sabar ke tak.. kal0 tak, macam ni la jadi nya.. rosakkan pukat orang.. bising macam orang gila tengah-tengah hutan.... kal0 rasa k0rang takleh nak terima hakikat ikan taknak makan umpan k0rang... BENTI JADI PEMANCING PLEASE.. g main dam aji je... senang... bangsot... wakakakka...

key ar.. tu je k0t aku nak membebel ari ni... satu lagi... bila bercakap, jangan sebarangan cakap, kawan rapat pun boleh buat gaduh... aku tengok sesetengah orang ni, mentang-mentang la ade kelebihan.. k0n0nnye di sukai ramai(konon je la ek), cakap tu pakai lepas je... please la.. ur attitude melambangkan harga diri... k0 hensem camne pun, tapi attitude takleh pakai, aku rasa better jd tarzan, kawan ngan beruk-beruk...tarzan hensem ape.... hensem dari aku ar.. wahahaha... tu je k0t peringatan untuk sekalian pembaca... harap kita sedar.. tinggi mana pun kita... hebat macam mana pun kita.. satu hari nanti semua kena tanya soalan sama.... Semoga kita semua dapat hidayah dari Nya... ameeennn... btw.. congrats utk akan datang... :)

Monday, January 31, 2011

Hormatilah Walau Siapa Pun

Entri kali ni aku nak ceritakan pasal kehidupan aku kat tempat keje aku nie... bukan utk berlagak atau berbangga yer...
tp untuk perkongsian bersama.. sama-sama muhasabah diri... lagipun takde ape pun nak di banggakan... tak salah rasanya aku nak
cerita tentang pengalaman aku.. pengalaman kal0 di ingat-ingat.. mesti boleh mengembalikan nostalgia lama..
sama ada suka atau duka, tu tak penting.. yang penting.. kita ade kenangan utk di ingati...
bersyukurlah kita ade makna "hidup" tu... :)

Kat tempat keje aku ni bermacam jenis org aku da jumpa... bukan sikit yang lalu lalang kat kawasan ni..
ada yang peramah tu okay la.. tapi ada juga jenis yg tak reti nak beradab, aku rasa die tak penah kunyah hempedu ni.. huhu..
Alang-alang sumbat hempedu tu, elok lagi bagi tazkirah ringkas.. tapi kang aku bagi tazkirah, smua cabut ntah ke mana..
macam la aku ni pandai sgt.. hahaha.... penah satu kali tu.. ade sorang pelanggan nak tukar duit kecik.. kebetulan time tu
mmg takde duit kecik.. aku cakap la.. "maaf ye, duit kecik takde"... boleh pulak acik tu cakap,"duit kecik pun takde ke, meniaga
ape camtu".... zzzz... acik.. ni kedai runcit... bukan MONEY CHANGER! hahahaha... da memang takde.. takkan la aku nak adakan benda
takde.. lainlah saya ada mukjizat.... LOL! (emo betul nie) hehe

ok lah.. kita tinggalkan orang yang hanya cuma lihat pada satu dimensi jer... kesian la orang-orang macam kami ni cik... bukan
tak nak tolong.. tapi tak boleh nak tolong dah.. =.="
berbalik pada pengalaman yang aku mungkin takkan lupa...iaitu hormat....

camni.. kat tempat keje aku tu, ade sorang ni, die kejap okay.. kejap tak okay... lebih kurang separuh gila.. mungkin... tapi
die ni sgt2x rajin.. kal0 korang g tengok kat KTM UKM malam-malam... around kul 2-5 pagi.. die akan sapu-sapu kat situ... k0rang
sanggup? waktu tidur korang.. g sapu-sapu.. tapi tak dapat pape..... FOC! SANGGUP? tu aku rasa hormat kat dia...

Betul lah org kata.. kal0 kita hormat kat org.. org akan hormat kat kita.. itu aku sangat-sangat setuju... mana tak nyer..
tiap kali kal0 aku balik tengah-tengah malam.. die tgh baring-baring kat kerusi... die sanggup bangun.. duduk... utk tabik hormat..
terkedu aku kat situ.. ye la.. penah pulak selama ni aku kena tabik hormat... bukan sekali dua.. tiap-tiap kali aku lalu

Hmm... kal0 boleh... untuk pengajaran smua.. hormat lah orang lain.... kal0 nak diri di hormati..
sedangkan orang yang tak berapa stabil pun boleh hormat kita... walhal ketika dia mabuk pun.. masih lagi tabik kat aku..
orang spt dia pun boleh hormat kita..... kita sepatutnya hormat orang macam dia.........

Semoga apa yang baik boleh jadikan iktibar... yang tak baik.. tolong kritik saya.. sekian.. selamat malam.. Hanyut..:)

Saturday, January 22, 2011

Gua Bukan Sebarang Gua

Problem problem... arghh.. ari ni memang banyak betul benda yang menduga aku nie... ooo yeahhh..... pc gua da kena virus.. dua tiga hari lagi bakal kena format la nie... hahahha.. selamat tinggal pc ku... sabar ye.. kau akan ku format....... da lama xformat.. kasik format sekali tengok okay balik tak... XD


Pc gua dan gua...
dua-dua ada problem... tapi bagi gua, sekarang gua go on je.. tengok sampai mana... boleh cuba.. tapi kal0 agak-agak tak ngam tu.. tak jadi la nak beli.. ngehehehehe..... hah! ngarut dah.. yang tak paham, sape soh baca... ni aku memang suka merepek sorang-sorang.. aku paham sendiri.. gelak sendiri... wahahahahaha.....

ok ar.. gua nak sambung main dota balik... gua kal0 dc lagi gua hentak pc ni kasik format terus.. tak cakap banyak.. gua kal0 da em0.. smua gua langgar.. macam bristleback.. wakakakkaa.. chow derrr.. derr derr derr.. HOT.FM! lol.. pagi-pagi selalu layan.. mcb.. :D

p/s:kali ni penggunaan 'gua' pulak, esok lusa tukar balik.. hahahaha.. arioszzzz