Petang tadi, pepatah kalau ada kemahuan, segalanya mungkin terjadi. He He. Al-kisahnya petang tadi disuruh untuk membayar bil Indah Water di Post Office Hentian Kajang. Lama juga menunggu walaupun jarak nombor cuma sepuluh angka pada saat waktu nombor giliran diambil. Mahu tak mahu menanti sahaja dengan sabar menunggu nomborku dipanggil. Memang adat seorang manusia, masing-masing mahu cepat dan senang. Begitu juga dengan aku. He He.
Setelah selesai urusan pembayaran bil, tidak ku sangka, hujan pula petang-petang begini. Dalam fikiran memang mahu melantak iCeBlog perisa cappucino(favorite). Dengan selamba walaupun sedang hujan, disebabkan mahu memuaskan nafsu amarah, aku kebalkan diri redah sahaja hujan dengan "The Punisher" ku yang tersayang. Dapat la aku merasa iCeBlog yang berhantu tu untuk kali ini walaupun dengan baju yang basah kuyup, tapi macam yang dikatakan, mahu seribu daya, tak mahu seribu berdalih. Maka terjadilah ia dengan Izin yang Maha Esa.
Sebut tentang keizinan, akhirnya aku mendapat keizinan untuk menetap di luar oleh pihak kolej, Alhamdulillah. Berjaya juga aku dalam permohonan tersebut walaupun ramai dikalangan kawan-kawan aku yang lain tidak mendapat kelulusan dari pentadbiran. Memang dapat makian lah dari mereka. Aduhai. Sabarlah. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. and it always be. :)
No comments:
Post a Comment