Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Tuesday, November 5, 2013

Kehidupan seorang penganggur

Assalamualaikum..

Di samping ingin berkongsi kesedihan. Sampai sekarang masih belum dapat panggilan kerja. Huaaa.... memang susah seorang perantau nak mencari rezeki di tempat orang nih. Takpe.. Chaiyok chaiyokk gua mesti boleh.. mesti!

Okaylah.. Sekarang aku main satu permainan online yang agak addictive. Sampai kehidupan sendiri pun tak tersusun elok. Tapi itulah dia hidup seorang penganggur. Sambil sambil tu still cari cari jugak kerja okay....Oh lupa, game tu tak terbagitau pulak. nama diberi Defense of The Ancient 2 atau nama pendeknya DOTA 2. So kalau main jer game ni ibarat bermain futsal buat aku. Segala masalah di duniawi hilang. Tinggal masalah di alam maya tu jer.. haha. Best, memang best. Sebenarnya game ni diaplikasi dari game DOTA. Diperbaharui grafik yang jadi lebih cun dan gah! hewah....

Kalau tiap-tiap hari tak dapat main macam lain macam.. phew.. rasa macam tak baca Quran sehari.. POYOO!!!!!!! macam poyo jer macam poyo jer.. eh.. ha sudah jadi trend sekarang parody seorang gadis yang dikenali sbg syasya dgn video nya "macam cantik jer". Pelbagai parbody dah ada dekat mana-mana youtube pun. Aku terpikir jugak. Tak berdosa ke dorang buat camtu.. Sebab die sakitkan hati tuan punya badan.. Walaupun sedia maklum tuan punya badan sendiri yang tunjukkan keaiban die kan.. wallahualam. Tapi gua salute dengan satu bro ni. Dia jadikan parody "macam cantik je" tu kepada kebaikan. Nice effort bro! very nice. kalau rajin boleh lah tengkok dekat link ni


malas nak buat link direct ke sane.. so copy paste la ye. haha.

1 comment:

  1. usaha, doa dan tawakal. semoga cepat dapat kerja yer bro! ^-^

    ReplyDelete