Assalamualaikum,
Akhirnya, setelah 6 bulan bertaat setia pada audit firm untuk tujuan praktikal tamat jua. Pelbagai pengalaman baru yang diperoleh selama tempoh praktikal tu. Ada yang best, dan kompem ada yang tak best. Tapi tu lah dia hidup seorang pendamba ilmu. Hehe.
Kini,
sedang mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan. Dah hampir 50 permohonan aku minta, tapi hanya 1-2 yang berbalas. Ini bukan kegagalan, tapi tangga untuk mencapai kejayaan.
Aku agak memilih, untuk diri, untuk keluarga, dan untuk masa depan. Bukan keterlaluan, cukup sekadar seperti perancangan. Mahukan syarikat milikan sendiri seawal usia 30-an. Tak mudah, tapi tak mustahil. Mungkin parah, tapi takkan ku pasrah.
Bertalu-talu email aku send untuk mencari rezeki serata selangor dan KL. Baru tahu, memang payah.
Okaylah, apa-apa pun doakan aku berjaya yer. :)
No comments:
Post a Comment