Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Monday, August 9, 2010

Brave Heart (1995)

Dari dulu lagi aku penah dengar pasal cite braveheart nie, tapi tak penah tau apa lahh cite ni best sangat sampai jadi "best movie ever" buat sesetengah orang.... Last-last tergerak gak hati nak download cite nie, memang bersemangat betul nak layan cite-cite yang boleh menarik hati orang.... Antara komen dieorang, "Whoever hated this movie is braindead. The movie is no doubt the best movie ever".. hah.. sampai jadi "otak mati" sape-sape yang benci movie nie, then di susuli dengan anatomi yang menguatkan lagi ke pegangan die bahawa cite nie best!... sebab tu aku cube nak try tengok apa yang best sangat... :D

ok lah, macam biasa, juri tak bertauliah ni nak komen pasal perihal benda tanpa berlesen pun, apatah lagi berbayar.. aku cume nak ketengahkan pendapat sendiri jer.. haha... cite yang mempunyai tempoh agak panjang iaitu 2jam47min... tempoh yang boleh melenakan sesiapa saje pada tengah-tengah malam..... penah dulu aku tengok cite yang tokbess (tak best), 10min pun da cukup buat aku terlelap.. haih... buang masa betul.. mana tak nyer.. boring!! booo~ (nama movie tu the dead undead) pergh.. nama nak gempak jer... tapi jalan cite... hampeh... maw cursor aku tak menyusur ke butang pangkah "media player" tu... HAHA!!!

berbalik pada Braveheart ni, cite ni sebenarnya cite sejarah scotland dan england pada zaman dulu. Mse Zaman tersebut ada lah seorang wira yang ayah dan abang dier kena bunuh oleh raja england... nama beliau William Wallace(lakonan TOM HANKS)... Dari kecik dia di train oleh pak cik dia... dari bahasa, permainan pedang dan daya fikir.... Bile da besar beliau kembali ke perkampungan beliau... di mana beliau hanya ingin mulakan hidup baru yang aman damai... kekurang hajar-an askar England akhirnya mencetuskan kemarahan william wallace yang akhirnya ingin menuntut "freedom" dari kerajaan England..... Peperangan demi peperangan akhirnya beliau berjaya menawan kota YORK (salah satu kota jajahan England pada masa tu)... kekuatan tentera William akhirnya menimbulkan kemarahan Raja England(longhanks)..... Longhanks sangat terkenal dengan kezalimannya... William yang semakin membuak-buak meminta pertolongan dari nobles scotland yang akhirnya bersetuju membantu William untuk menyertai peperangan, namun akibat daripada kekayaan harta duniawi, mereka bertindak berpaling tadah menyebabkan pengakhiran yang menyedihkan buat tentera William... Ramai yang terbunuh.... Sekembalinya William ke Scotland selepas sembuh dari kecederaan, beliau memburu setiap ketua nobles yang berpaling tersebut.... tetapi lagi sekali beliau di khianati oleh warga scotland sendiri yang tamak oleh harta yang dijanjikan England... William ditangkap dan dihukum mati dengan terseksa... Perkataan terakhir yang terpacul dari mulut William..... "FREEEEEDOOOOOMMMMM!!!!!"....... betapa beliau inginkan kebebasan.. bukan untuk dia... bukan utk orang lain... tapi untuk scotlands......... Jika kisah beliau adalah benar.. pasti beliau adalah seorang tokoh yang paling berwibawa dalam sejarah Scotland...... pada 1314, scotland mencapai kemerdekaan mutlak......

Hehe.. tu la sinopsis sedikit sebanyak pasal braveheart ni... lakonan tom hanks sebagai pewira romantis sangat menjadi...... di mana kematian Isterinya lah yang menyebabkan titik permulaan perjuangan beliau..... Sentuhan Mel Gibson juga sangat teliti di setiap aspek... Hampir tiada satu scene pun yang dapat membuatkan anda mengalihkan anak mata... mungkin tidak sempat mengerlik pun.... huhu.....

keseluruhan cite ni agak seronok yang menghiburkan.. dan padat dengan aksi... ada kelakar.. ada sedih... ada serius... memang padat.. lengkap.... dan mantap... jadi aku pun bersetuju dengan pendapat ramai orang... memang cite ni best movie ever.. tak sia-sia habiskan masa selama hampir 3jam di hadapan pc nie.. hehe...kalo tak percaya anda boleh tengok sendiri... n aku bagi *4.99/5 untuk filem ni... untuk full mark... pun boleh..... hoho...

By The Way... Caya lah Lu PAKCIK MEL GIBSON!... hehe... xD

No comments:

Post a Comment