Terdetik hati ini untuk kembali membuat blog tentang kehidupan seharian.
Alhamdulillah pada 21 Jan 2016, aku telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang tidak pernah ku kenal sebelum ini.
Tapi untuk mendapatkan berkat dunia dan akhirat, harapan aku untuk membahagiakan ibu bapa dengan pilihan beliau adalah sesuatu yang tidak aku sesalkan. Biasalah ini bukan drama melayu semuanya nak on track. Tapi menyeronokkan. Teruja tiap waktu.
Bukan ini yang nak diceritakan. Berita yang lebih indah ini adalah selepas 1 tahun 6 bulan kami mendirikan rumah tangga, akhirnya diizinkan oleh tuhan untuk kami merasai sendiri pengalaman mengandung dan menjaga orang mengandung.
Terlalu awal lagi. Namun, kerisauan itu datang berjuta juta. apa perlu buat, dah bersedia ke, dan macam macam lagi lah!
Semoga dipermudahkan dan cahaya hati kami ini dalam keadaan sihat sejahtera.
Tips yang aku boleh kongsi, sepanjang tempoh ini. aku sebenarnya risau aku tak mampu berikan chaya mata, ternyata kuasa Allah itu melampaui semua. Dia dah rancang untuk hidup aku ni.
so :
1) sentiasa berdoa memohon pada Nya. Kalau ada sahabat handai atau saudara mara ke Mekah, minta doa nya. Aku pernah minta Abg aku bernama Izzat untuk doakan untuk kami. Alhamdulillah selepas sebulan, conceived.
2) Elakkan minum kopi sehari atau dua hari sebelum ehem2.... huhu
3) Tidur cukup, jangan stress2.. cool je.
4) Doa. ya doa.. doa tu power kot.. sebab tu aku ulang dua kali.
Apa-apa pun aku sangat gembira, sampai tulis blog ni semula. kan.... walaupun orang tak baca. tapi biarlah blogspot ni berkongsi kegembiraan aku ni.. Aku memohon maaf juga pada semua, dan aku ucapkan semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah atas apa jua tindak tanduk yang kita lakukan..
Terima kasih...
- Oh Allah, please give us joy and happiness, health and faith