Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Tuesday, July 30, 2013

Permata Hati

Assalamualaikum,

Setelah lama menyepi akhirnya jari ni teringin nak mencuri masa untuk menulis wadah.

Wadah yang basi tapi bukan pada diri ini. Itulah dia berkenaan dengan hati. Hati manusia sangat licik. Sedikit usikan sudah mampu membolak balikkan hati yang sedia ada. Menjemput haru masuk ke gerak geri si jasad.

Okaylah, straight to the point. Pernah tak tetiba kita tengah happy-happy then suddenly satu peristiwa jer dah cukup untuk merubah sikap and perasaan tuh?. Mustahil tak pernah. Itu lah hati. Sesungguhnya yang membolak balikkan hati kita hanyalah Dia. Peristiwa tersebut cuma asbab pada kesimpulan. Di sinilah terletaknya kekuatan istiqamah dalam diri, kecekalan hati atas segala dugaan.

Terkadang takut juga bila kita sudah bertemu seseorang, kerana semakin kita menyayangi seseorang itu semakin hati ini takut untuk kehilangan. Mana mungkin tidak sedih bilamana kehilangan benda pertama yang difikirkan pabila terjaga dari lena. Mana mungkin untuk kita lupa pada ia setiap sebelum terlelap di katil yang empuk pada tiap malam. Mana mungkin...

Harapnya, I will Istiqamah in loving u.. untill sy mampu untuk menyunting dirimu. Asyleen binti Arshad. :)

Mata Hati ^__^
Kegelapan membutakan
namun bukan hati
Kegelapan mengalpakan
Harapnya bukan cinta ini.

Ketika sedang meraba gelam
mencari aras punca hidup seorang
bukan tak bernafas,
cuma tiada bernyawa.

Terpana mata ini terpandang mata,
terlihat setulus jiwa dalam jiwa,
sehingga tergenggam tali nafas alas baru,
menahan rindu,
hanya doa untuk hati dipertemu.

Kekuatan dikumpul langkah dilorak
sedang harapan diletak,
Menunggu penuh sabar.
tiga puluh enam bulan.........
36 bulan akhirnya doa diperkenan.
Terima kasih tuhan.
Mohon bukan istidraj dariMu ya tuhan.
Jadikanlah dia zaujahku. 
yang halal buatku,
pendampingku di Syurga nanti.
Amin....

~Hanya kerna mata dan hati~