Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Monday, October 14, 2013

Hidup si perantau mencari sesuap rezeki

Assalamualaikum,

Akhirnya, setelah 6 bulan bertaat setia pada audit firm untuk tujuan praktikal tamat jua. Pelbagai pengalaman baru yang diperoleh selama tempoh praktikal tu. Ada yang best, dan kompem ada yang tak best. Tapi tu lah dia hidup seorang pendamba ilmu. Hehe.

Kini,

sedang mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan. Dah hampir 50 permohonan aku minta, tapi hanya 1-2 yang berbalas. Ini bukan kegagalan, tapi tangga untuk mencapai kejayaan.

Aku agak memilih, untuk diri, untuk keluarga, dan untuk masa depan. Bukan keterlaluan, cukup sekadar seperti perancangan. Mahukan syarikat milikan sendiri seawal usia 30-an. Tak mudah, tapi tak mustahil. Mungkin parah, tapi takkan ku pasrah.

Bertalu-talu email aku send untuk mencari rezeki serata selangor dan KL. Baru tahu, memang payah.

Okaylah, apa-apa pun doakan aku berjaya yer. :)

Monday, August 19, 2013

NOKIA LUMIA 720

Assalamualaikum,

Hajat atau harapan untuk memeliki sesuatu sudah pasti menjadi igauan untuk ditunaikan. Camtu lah dengan aku ni, tetibe boleh pulak mengidam LUMIA 720 keluaran Nokia dengan sekali genggam aja dah cukup untuk jatuh cinta. hehe. Dapat duit raya terus angkat sebijik Lumia 720 tu.

Lumia 720 dikeluarkan dengan pelbagai versi warna yang boleh dimiliki seperti Red, Black, White, Yellow dan Cyan. Mula-mula nak angkat yang berwarna merah sebab nampak agak rare, tapi boleh pulak mamat chino tu bagitau yang Cyan tu rare. Apalagi gua pun terpengaruh lah walaupun kena tambah RM20 untuk warna Cyan tu. Aiyaa mat, lu memang bikin gua kopak laa~~

Design yang terbaik..

Tak tipu lah, bab design dia memang nokia dah banyak improved. Sangat slim dan selesa dipegang dengan reka bentuk dia agak comel dan cute. Sebab tu buatkkan hati ni terjatuh dan terus terjatuh..

Kamera setanding kamera mahal-mahal..

Ini pun salah satu sebab aku terpesona (cewah) dengan produk nokia yang terbaru ni. Walaupun harga around RM 800 ke RM1000 tapi kualititas kamera lumia 720 ni agak mengagumkan. Merasakan senggama di jiwa. Phew, apa kena guna perkataan pelik-pelik ni. Beberapa website ada buat comparison antara kamera kamera yang ada. Paling menarik yang membandingkan antara kamera HTC ONE yang dikatakan antara kamera yang terbaik dengan kamera L720 ni. So far dari analisis yang diorang buat kualiti gambar yang terhasil lebih menjurus kepada kualiti camera L720 lebih baik. Perbandingan antara 6.7Mp dan 4ULTRAPIXEL! apa cita nie.... nampak agak mustahil.. tapi tahlah... perbandingan dibuat orang.. bukan aku. aku tengok saja.

Keunikan lain

Nokia sekarang memang gila, kini dah berjaya hasilkan Wireless Charging sistem. Walaupun dia punya wireless kena berserta Plate (kena letak atas plate), tapi at least dah berjaya buat satu teknologi cas yang tak perlukan wayar. Tak mustahil satu hari nanti kita boleh cas dari rumah ke opis! LOL!

Kalau dari segi applikasi yang disediakan Windows Phone ni agak kureng. Yelah, OS phone baru nak develop kalau nak dibanding dengan Android dan IOS. Tapi Apps yang kebiasaaan mcm Facebook, Whatsapp, Wechat semua dah ada lah. Kalau game-game jer yang tak berapa nak ada.

Setelah seminggu guna L720 ni memang tidak mengecewakan langsung. Perlu banyak lagi explore macam Iphone masa awal-awal penggunaan dulu. Memang rekomen lah kalau nak beli Lumia ni. Promote free ni. Nokia patut bagi komisen. haha.

So, meh sini nak tunjuk gambar dari camera yang diambil keyh.. dan juga gambar L720 ni.. Sekian saja.


Gambar dari L720


My L720


GSMARENA RATING
DESIGN               : 8.4
PERFORMANCE    : 8.2 
FEATURES           : 8.2

Wednesday, November 28, 2012

Iphone 3gs masuk air

Assalamualaikum,

Dugaan sememangnya boleh terjadi pada siapa-siapa pun. Dugaan yang paling "syiok" ialah dugaan yang melibatkan benda yang paling kita sayang. Itulah yang terjadi dekat aku baru baru semalam. Iphone 3gs yang baru dimiliki tak sampai 4bulan telah diuji dengan pencerobohan dari air hujan. hahaha.. Akhirnya Pak cik google menjadi tempat untuk mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah.

cari punya cari.

Jumpa la beberapa kaedah bagi alat elektronik yang dimasuki air. Antaranya ialah menanam di dalam beras. Baru aje aku letakkan dalam timbunan beras. (boleh ke?). haha. Madahnye perlu tunggu seberapa lama yang boleh utk lembapan air pada iphone aku tu terserap oleh beras beras yang ade.

Keputusannya

Belum lagi, masih menunggu................ :D

Kalau hantar ke kedai ni mau harga macam beli baru woooo... so better kita guna kaedah ape yang patut. sayang gile gile gile ngan iphone ni. Sampai takde mood nak g kelas.. EXTREME "sangat" kesedihan tu. ha ha.

Baiklah, akhir kata setiap dugaan pasti ada jalan penyelesaian, cuma kita je yang perlu mencari jalan tersebut. Amboi sedap betul orang yang cakap ni kan. Takpe, itu motivasi namanya. khannn? :p