Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Tuesday, December 6, 2011

Adik Kharul Fahmi Meninggal Dunia

Ajal tak mengenal usia. Itu yang boleh diperkatakan oleh situasi yang menimpa keluarga Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan apek. Adik beliau, Mohd Amirul Izzat, yang baru berusia 16 tahun, telah kembali ke rahmatullah akibat dari demam yang berpanjangan disamping mengalami komplisasi paru-paru pada jam 11.45 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Menurut kenyataan apek, Izzat telah dimasukkan ke hospital sejak sebelum Hari Raya Haji lalu. Dan keaadannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika apek sedang mewakili skuad Harimau Malaya Muda untuk beraksi di temasya Sukan Sea di Jakarta. Jenazah Allayarham Mohd Amirul Izzat telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Wakaf Mek Zainab.

Untuk informasi lanjut boleh melewati laman hiburan terkenal di Malaysia OHBulan! pada entri (Kharul Fahmi Bersedih,Adik Kandung Meninggal Dunia). Semogra roh beliau dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Sunday, December 4, 2011

Pokemon dan Android

Permainan games dah jadi macam ganja untuk aku (nampak macam extreme betul). Kalau bukan permainan dekat komputer, dekat Handphone aku pun jadi lah. Walaupun samsung galaxy mini aku ni tak la sehebat mana untuk run application yang gempak-gempak, tapi masih lagi boleh support satu application yang aku rasa sangat syiook dan best lah. Tak disangkakan bahawa OS android boleh digunakan untuk emulator gameboy. Antara game yang popular dikala zaman kegemilangan gameboy adalah semestinya "POKEMON". Pelbagai versi pokemon boleh didapati dan sehingga kini yang terbaru, dari keluaran GAME FREAK, Pokemon Black And White pada March lalu. Dan aku sudah pun sudah test drive game tersebut. And not bad, cuma tak sesuai dengan jiwa aku yang lebih pada ketradisionalan. Kerna makhluk-makhluk pokemon dalam tu kebanyakan jenis yang urban, berbaju besi dan so on. Jadi macam boring sikit lah. Buat masa sekarang ni aku sedang bermain pokemon firered, berbeza dari version pertama yang tidak berwarna, pokemon firered menampil lebih animasi berbanding pokemon red. (pokemon paling best adalah pokemon Yellow, sebab ada pikachu yang comel follow dari belakang!)

Terimas buat developers yang baik hati untuk membangunkan software buat android. Disebabkan mereka lah aku dapat mengisi keboringan aku daripada duduk termengu je kan.


Emulator tu boleh didownload dari android market yep. Lepas tu kalau nak main games, kena download dulu dari pc or laptop "roms" untuk game-game yang korang minat. Dah ada file tu pastu boleh lah masukkan ke dalam handphone guna USB-cable aje. Senang bukan? cubalah. :)

Wednesday, November 30, 2011

Cappucino Dont Say No

Alhamdulillah akhirnya siap juga separuh dari permulaan ke arah perubahan pada yang lebih baik diblog ini untuk menampakkan kelainan dan kematangan dalam penulisan blog(sudah matang?, ha ha). Walaupun masih baru dan masih boleh dianggap sebagai newbie dikalangan bloggers, namun diri ini sentiasa memandang untuk menjadi lebih baik. Bukan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain, tetapi lebih baik dari diri sendiri. Itu adalah tips yang berguna untuk terus maju selama-lamanya.

Petang tadi, pepatah kalau ada kemahuan, segalanya mungkin terjadi. He He. Al-kisahnya petang tadi disuruh untuk membayar bil Indah Water di Post Office Hentian Kajang. Lama juga menunggu walaupun jarak nombor cuma sepuluh angka pada saat waktu nombor giliran diambil. Mahu tak mahu menanti sahaja dengan sabar menunggu nomborku dipanggil. Memang adat seorang manusia, masing-masing mahu cepat dan senang. Begitu juga dengan aku. He He.

Setelah selesai urusan pembayaran bil, tidak ku sangka, hujan pula petang-petang begini. Dalam fikiran memang mahu melantak iCeBlog perisa cappucino(favorite). Dengan selamba walaupun sedang hujan, disebabkan mahu memuaskan nafsu amarah, aku kebalkan diri redah sahaja hujan dengan "The Punisher" ku yang tersayang. Dapat la aku merasa iCeBlog yang berhantu tu untuk kali ini walaupun dengan baju yang basah kuyup, tapi macam yang dikatakan, mahu seribu daya, tak mahu seribu berdalih. Maka terjadilah ia dengan Izin yang Maha Esa.

Sebut tentang keizinan, akhirnya aku mendapat keizinan untuk menetap di luar oleh pihak kolej, Alhamdulillah. Berjaya juga aku dalam permohonan tersebut walaupun ramai dikalangan kawan-kawan aku yang lain tidak mendapat kelulusan dari pentadbiran. Memang dapat makian lah dari mereka. Aduhai. Sabarlah. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. and it always be. :)