Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Sunday, May 20, 2012

Gunung Ledang

Assalamualaikum Kalian,

Ucapan salam mukadimah bicara. Kesempatan baru-baru ni dapat juga merasai pengalaman mendaki gunung buat pertama kalinya. Sungguh amat penuh dengan kenangan yang bolehkan aku sentiasa ingati dalam menggamit arus hidup untuk akan datang. Gunung pertama yang aku tawan adalah Si Legendary Ledang. Pada ketinggian 1276meter dihiasi dengan kecantikan flora dan fauna di dalamnya. Sangat cantik dan indah ciptaan Nya.

Tak kurang juga dengan cabaran-cabaran sepanjang perjalanan yang menyempurnakan episod sebuah pendakian.

Akur untuk aku tak dapat menafikan aku hampir saja tertewas dengan si Ledang waktu tu. Kejang otot kedua belah kaki menduga ketabahan aku untuk meneruskan pendakian. Namun beberapa prinsip hidup yang aku pegang iaitu aku haramkan untuk diri aku menjadi pelembab buat yang lain. Diheretnya kaki aku dalam kesakitan, pergh kalau takde sebab takkan aku buat camtu.

Satu langkah demi satu langkah. Akhirnya ke puncak juga.

Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur dengan keizinannya dapat juga aku sampai ke puncak gunung Ledang. Bawahnya berkabus, di sekelilingnya penuh dengan kehijauan Bumi Johor. Disambut pula dengan dentuman meriam dari latihan ketenteraan di kaki gunung seumpama menyambut kejayaan kami ke puncak Ledang. Rasa bersyukur yang amat, segala keletihan terasa terbalas dengan hirupan sejuk udara pada ketinggian lebih 1000meter dari paras laut. Selat Melaka, laluan dagangan tersibuk juga menghiasi pandangan kami di sana.

Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan kesempatan ini untukku.

Ledang Si Puteri
Bermula dari satu,
Illusi dari dua,
Langkah ku laju,
cuma kan merana,
Mitos ceritamu,
terselit betulnya,
Satu peristiwa,
Seribu jalan cerita,
Lihat ke bawah pabila di atas,
jangan mend0ngak mendambakan puja,
Kisah Kera dapat kan bunga,
Masakan nikmat jika jahil padanya.
Melangkahlah,
Melangkahlah,
Melangkah,
Di sana terus melangkahlah..

Friday, May 11, 2012

Pesona Harapan

Assalamualaikum Kalian,

Aku rasa dah beberape kali aku berbloging waktu-waktu awal pagi camni. Mungkin ilham datang melimpah ruah tatkala waktu sunyi sepi sebegini. Otak sentiasa memikirkan madah-madah kehidupan yang kita lalui dari hari ke hari. Keletihan bekerja, berjuang berlumba-lumba pada siang hari ditutup oleh situasi malam yang tenang damai.

Sungguh awan itu wujud, namun tiada siapa mampu untuk menggapai.

Ada yang tidak percaya akan HARAPAN ataupun HOPE. Hope adalah sesuatu perkara yang amat berbahaya untuk bermain dengannya. Boleh jadi ianya merosakkan jiwa, boleh juga menjadi unggun bara dalam mencapai sesuatu. Aku gariskan satu aturlangkah sebelum seseorang itu boleh mencapai kepuasan kejayaan yang maksimum, iaitu:

Harapan - -------> Usaha ------------> Kejayaan/Kegagalan.

Bermula dari secebis harapan, disinilah terhasilnya proses impian. Kemudian dari impian itu menjadi pencetus kepada kita untuk mula berusaha bagi menjadikan impian itu suatu kenyataan. Tak kira lah sama ada untuk memliki sebuah rumah yang besar, atau menang  sesuatu pertandingan. Semuanya adalah terhasil dari secebis harapan. Namun, perlu diingat, terkadang harapan juga boleh menghancurkan jiwa. Bagaimana ianya boleh terjadi?. Apabila si pengharap terlalu berharap akan sesuatu sehingga ia mengorbankan seluruh harta atau jiwa raga untuk mendapatkan impiannya tetapi dipengakhiran padanya hanyalah sejuta kekecewaan. Ada yang sanggup bunuh diri bagi mempamerkan betapa kekecewaan yang dihadapi olehnya kepada masyarakat umum.

Itu satu tindakan bodoh! Memang BODOH!

Kalaupun kita gagal, tak bermakna kita akan gagal selamanya. Cuba lihat bagaimana tokoh-tokoh terdahulu gagal, bangkit, gagal, dan terus bangkit. Alexander Graham Bell yang telah beberapa kali gagal dalam mencipta Telefon. Harapan beliau untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat akhirnya terhasil untuk kali yang ke 32. Bayangkan hanya untuk mencipta SATU benda, perlukan kegagalan sebanyak 31 kali. Takkan la Loser benar korang sampai gagal pada satu benda sama bebeberapa kali terus buat tindakan drastik yang kadang-kadang tak masuk akal, ada yang sampai nak tarik nyawa sendiri.


Apa sudah rasa nak amek alih tugas tuhan ke aper?

Itu belum cerita pasal Pak Cik KFC yang beberapa kali gagal dalam memperkenalkan ayam gorengnya pada pelabur-pelabur sebelum terhasilnya KFC yang sehingga kini gah dipasaran. Yang mempunyai beribu cawangan di seluruh dunia. Nak jual ayam jer k0t......

Harapan Kayu
Yang kecil jangan disangka tak berharga
Yang Sedikit usah disangka tak bernilai
Dari yang rapuh,
Menjadi kukuh,
Dari yang kukuh,
Menjadi Rapuh,
Tiada yang kekal,
Tiada yang sangkal,
Sangka kelam, 
Hendaknya sinar,
Unggun Bara, Menjadi punca.
Disiramnya diesel,
Maraklah ia,
Disiramnya Air,
Padamlah ia.
Sematkan semangatmu, dalam jiwa,
Burulah kehidupanmu, dalam onak nestapa.
Hidang padamu, generasi tak alpa.

p/s: sedih memikirkan generasi sekarang, yang tua tak dihormati, yang muda dipijak-pijak. =_="

Friday, May 4, 2012

Menjejak Pameran Buku Antarabangsa

Assalamualaikum Kalian,

Hari minggu baru-baru ni aku berkesempatan untuk menjenguk pameran buku antarabangsa yang berlangsung dekat PWTC. Dalam keadaan hujan, aku dan keluarga meredah dalam kebasahan. Memang tak dapat dinafikan lah agak banyak booth-booth yang ada kat situ. Tak kurang jugak aweks-aweks yang datang meramaikan. He He He. Serius tergugat beb bile tengok ramai je pakai tudung labuh, pastu gaya-gaya ayu gitu menampakkan keperibadian seorang muslimah. Ha Ha Ha.

Ke lain pulak ceritanya.... =_="

Dua buku je yang aku beli minggu lepas, satu buku ialah "Real Leaders Dont Do Powerpoint". Buku ni aku rumuskan adalah untuk memberi tips-tips berguna untuk kita berucap dikhalayak ramai. So pada sesiapa yang rasa dirinya perlu untuk buat public speaking, sila-silalah belek buku ni yep. Banyak yang boleh diambil dari buku ni.

Dan buku yang kedua adalah buku yang agak fames rasanya, Iaitu Kitab Terfaktab edisi ke-Dua. Seriously, aku memang tak tahu buku ni adalah buku mengenai cinta kebanyakannya. Patutlah kena usik-usik dengan penulis-penulis buku yang ada dekat booth tu. Salah seorang penulis Kitab Terfaktab ni pun ada, nama dia Brader LepLep. Siap dapat autograf dia. Ha Ha Ha. Sempoi je mamat tu dengan ayat dia tulis, "pakwe yang sayang makwe dia takkan pegang dada makwe die, tapi pakwe yang baik adalah pakwe yang pegang hati makwe dia" LuL, so sweet la lu bro.. :P

Baca punya baca...

Bagi aku, ada sesetengah yang best, dan ada yang aku just skip je, sebab panjang sangat. Aku ni dah la terkenal dengan sikap pemalas yang unggul. Memang kalau nampak je artikel yang lebih dua muka surat, aku skip je. He He.

So aku suggest bagi mereka-mereka yang sedang ingin bercinta, ataupun putus cinta, ataupun apa-apa sahaja yang ada masalah dalam kehidupan, boleh lah memiliki Kitab Terfaktab tu. Tak mahal pun, RM20 jerrrrrrr.... Ha Ha Ha. Sempoii~~~

akhirkata dapat jugak aku siapkan kata-kata untuk renungan bersama:-

Cenderamata Alpa
Berpusing bukan mencari,
Berhenti bukan menanti,
Akal yang diberi,
Gunakan sebaiknya,
Andai itu yang terbaik,
Jangan dipandang lagi belakangmu,
Tidak pula pada dibawahmu,
Juga di Atasmu,
 Sentiasa beringatlah,
Kita cuma manusia,
Manusia yang tiada untuk dibangga,
Harta dunia cuma pinjaman,
Tubuh badan cuma cagaran,
Yang kekal hanya amalmu,
Perbuatanmu,
Usah Ego,
Usah Meninggi diri,
Sombong dan bongkak atas kelebihan diri,
Jadilah Si Penunduk,
Pada Dia yang memiliki..