Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0, Duduk Bantah

Assalamualaikum Kalian,

Tanggal 28/04/2012 akan berlangsungnya satu lagi peristiwa bersejarah di Malaysia dimana satu gerakan perhimpunan BERSIH akan diadakan pada hari Sabtu tersebut di Dataran Merdeka. Ada yang menyokong, ada yang menolak. BERSIH 3.0 kali ini membawa moto "Duduk Bantah" yang mempunyai maksud tersendiri dari perkataan tersebut. Aku yakin, tema tersebut diletak selepas perbincangan dengan Tokoh Sasterawan Negara (S.Samad Said) yg aku amat sanjungi sejak dari sekolah menengah dengan puisi beliau yang puitis. Ayat yang aku suka antaranya, "Diam-diam ubi berisi, mengapa kita harus begitu". Jika kita orang mempunyai banyak ilmu, kenapa kita mesti mahu berdiam diri, sedangkan Saidina Ali juga pernah berkata, "Harta berkurang apabila dibelanjakan sedangkan ilmu berkembang apabila digunakan".

Aku sokong atau tidak? #Bersih

Jawapan dia sangat mudah, jika itu adalah untuk kebaikan rakyat, aku sokong selagi ia tidak bertentangan dengan syara'. Jika dilihat pada objektif BERSIH untuk kali ini juga sangat bersesuaian kerana sudah hampir dengan PilihanRaya Umum dan tiada satu pun yang dilihat pada kepentingan diri sendiri. Berikut adalah 7 tuntutan BERSIH 3.0

TUNTUTAN BERSIH 3.0
1.Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos.
3. Gunakan Dakwat Kekal.
4. Akses Media Bebas & Adil.
5. Masa Kempen Minima 21 Hari.
6. Kukuhkan Institusi Awam.
7. Hentikan Rasuah.

Tuntutan-tuntutan tersebut tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada pelaksana sekiranya pelaksana tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan. Sebagai seorang pemimpin, kita perlu berani kerana kita tahu kita benar. Aku juga sebagai seorang pemimpin walaupun hanya bagi sebilangan golongan kecil, aku perlu berani, jika aku seorang yang salah, aku mahu dibetulkan. Itu adalah yang perlu bagi setiap seorang pemimpin dari apa yang aku faham baca dan dengar. Berikan contoh pada zaman khalifah Umar Al-Khattab. Sebaik sahaja dia dilantik sebagai Khalifah, ada seorang rakyat bertanyakan pada beliau, adakah dia boleh memenggal kepala Saidina Umar dengan pedangnya sendiri sekiranya Saidina Umar menjadi seorang Pemimpin yang tidak Adil, dan beliau bersetuju malahan bertegas agar beliau melakukannya jika beliau telah terpesong. Sesungguhnya itulah sifat seorang pemimpin, mahu diperbetulkan apa yang salah. Takut pada hukum Allah, bukan takut pada Hukum dunia. Wallahualam.

Yang penting, niat tu diperbetulkan sebelum melakukan sesuatu.

Bukan provokasi atau huruhara yang dimahukan, cuma sebagai seorang insan, sebagai seorang rakyat, semestinya mahu sesuatu yang betul, adil, dan saksama untuk tanah air. Barulah negara boleh menjadi negara yang proaktif dan berkesan. Malah akan disanjung oleh negara-negara luar. InsyaAllah.


P/S: aku masih tertanya-tanya, Dataran Merdeka bukan tempat berpolitik?. noobhai me lah. T_T

Monday, April 2, 2012

Angry Words

Assalamualaikum Kalian,

Orang kata kalau kita menjadi lemah ingatan adalah kerana kita tidak menggunakan otak kita untuk berfikir dan melakukan perkara-perkara yang kreatif. Induksi otak sangat unik kerana berbeza dari segala jenis peralatan mekanisma yang dicipta oleh manusia, otak semakin diguna semakin menjadi lebih tajam dan berkilat. Akibat dari kekaratan yang berlaku pada otak aku yang dah lama tak guna ni akhirnya aku bertekad untuk mencari sesuatu yang mencabar minda. Yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk berfikir dan membuat keputusan yang efektif dan berkesan.

apa yang aku lakukan untuk itu?

Jadi aku pun mencuba satu permainan baru iaitu Angry Words, ala-ala scrabble atau sahiba versi Barat punya. Dalam tu ada la point-point pada setiap kotak. Pemain perlu menggunakan Tiles yang diberikan sebaik mungkin. Dan permainan ini juga dimainkan secara multiplayer dari seluruh negara yang mempunyai perisan Android. Anda juga boleh mencabar kawan-kawan facebook dan twitter. Disebabkan android aku tak larat nak main Draw Something. Jadi aku pun mengambil initiatif lain dengan mencuba permainan angry words.

Jangan salah sangka.

Angry Words adalah amat jauh berbeza dengan Angry Birds, tidak kira lah sama ada dari segi gameplay, ataupun developer nya. Angry Words bermain dengan huruf, sedangkan Angry Birds bermain dengan angka.. :P

Boleh rujuk pada laman web rasminya : http://www.angrywords.com/

"Otak makanan kegemaran Zombie"

Sunday, April 1, 2012

Top 3 TV Series (International)

Assalamualaikum kalian,

Setiap minggu mesti ada cerita series yang keluar, banyak je idea pengarah-pengarah ni punya modal bercerita. Walaupun ada sesetengahnya cuma ambil dari buku-buku atau novel yang dah sedia ada. Dan aku baru tahu Series Vampire Diaries adalah adaptasi dari novelnya. Itu pun selepas terjumpa kat kedai buku alamanda novel Vampire Diaries tu.

Alamanda putrajaya pilihanku...

Berepisod-episod, kadang-kadang ada masanya best, ada masanya agak membosankan. Tapi itulah cerita berseries, seperti juga kehidupan kita dalam dunia ni. Kadang-kadang best, dan kadang-kadang tak best. Apa-apa pun sentiasalah bersyukur. :)

Baiklah, ini yang aku nak listkan top 3 cerita bersiri (luar negara punya je yep) yang sekarang ni aku masih ikut dan akan ikut sampai bila-bila! adoi~

1.Supernatural
Dah sampai season ke-7 dah series ni, dan aku masih lagi follow cerita ni sampai sekarang. Cerita dia berkisarkan dua orang adik-beradik yang bernama Sam Winchester dan Dean Winchester merupakan pemburu hantu. Dari pemburu hantu, sampailah diorang ni menghentikan "HARI KIAMAT", dan seterusnya hidup selepas Kematian Tuhan. zzz.. Untuk tengok boleh, jangan sampai tergugat akidah. He He. Pape pun cerita dia diselitkan unsur humor yang sempoi dan pelbagai aksi yang menarik. Serta kadangkala dapat mempelajari mitos-mitos dari barat.


2.Vampire Diaries.
Cerita ni sebenarnya diperkenalkan oleh kawan lama aku dulu. Aku tak tahu pun ada cerita ni sehinggalah season dua. Selepas didesak beberapa kali barulah aku bercadang nak tengok. and Guess what, aku terjatuh cinta pula dengan cerita ni. Sekarang VD sudah berada di Season yang ke-tiga. Cerita dia berkisarkan tentang kehidupan vampire. Sangat best lah series ni dan sangat direkomenkan untuk mereka-mereka yang minatkan vampire selain dari the most gay Twilight. Oh Our God (OUG~).


3.Alcatraz
Yang ni series paling baru aku follow. Cerita perihal penjara Alcatraz yang telah ditutup pada tahun 1963. Disebalik penutupan penjara tersebut, ada kisah yang orang luar tidak ketahui. Iaitu kehilangan kesemua banduan di dalamnya secara serentak disuatu malam. Dan sekarang, pada tahun 2012, mereka kembali dengan misi dan objektif masing-masing yang tidak diketahui. Baru season pertama, tak pasti sama ada akan diteruskan untuk season ke-dua. Harap-harap ada lah kan. hehe~

Yang 3 ni cuma yang paling top, walaupun ada lagi series-series lain yang mengancam, macam The Walking Dead, tapi sekarang TWD tengah "bercuti" sebelum ke season ke-tiga. Tak sabar nak tunggu keluaran akan datang. Nampak macam semakin menarik. Btw, aku bukan pencinta korea (terus terang). @_@

Ini series yang aku minat, "what's yours?". :)

"fight for nothing"