Sepatah dua Kata


New World? apa ada dengan New World yang dimaksudkan?. Ia adalah salah satu perubahan ke arah sesuatu yang lebih baru. Yang lebih "World" seperti kata MAWI. Supaya menjadi lebih baik dari hari ini. Adakah cita-cita aku untuk mencipta New World akan termakbul? Dengarkanlah celoteh dari aku,Painapple. To all Pembaca-pembaca yang sudi bersama untuk sedikit masa...

WELCOME TO MY WORLD!

Friday, August 13, 2010

Untuk Peminat Dota sahaja

Oraitx guys... Hari ni nak bercerita pula pasal DOTA lagi.... Yep.. aku boleh di katakan masih baru dalam dunia DOTA ni berbanding orang lain... Berkecimpungnya aku dalam permainan komputer ni sejak dari 3tahun lepas... tu pun akibat pengaruh dari rakan rumah sewa.. kalo tak.. memang takde nye aku boleh nak bercerita serba sedikit tentang game yang diminati oleh majoriti gamers....

Dari segi pengalaman aku yang masih mentah ni, hanya menyertai SATU tournament DOTA (kalo nak bandingkan ngn tournament futsal lagi byk.. 2!!! ) haha.... ok la tu.. sekurang2x nya ada pengalaman tentang tournament......

Tapi bukan niat untuk bercerita tentang Tournament DOTA ke hape buat posting kali ni.. cuma mau bercerita tentang satu platform untuk gamers...... GARENA .... dalam garena ni bermacam-macam jenis game boleh dimainkan secara online merangkumi seluruh pelusuk dunia.. so, korang boleh la jumpe pelbagai jenis manusia kat dalam plaform nie..... Hehe...

Salah satu kelemahan yg terdapat dalam Garena ni adalah leaver kaki.... leaver ini yang paling annoying....kalo dulu ada blueserver...yg akan automatic banned ip untuk kaki-kaki leaver ni.... tapi garena takde sistem mungkin sebab takut hilang pengguna...ye la skali kena mmg tak dpt log in langsung da utk platform...

Maphack juga sangat membosankan.. ada pemain-pemain yang "low-self esteem" yang agak bangang menggunakan MH... da noob.. mau lagi noob.. train la....... huhu... (berlagak gile ayat mcm pro jer)..... okay la tu... yg lagi best... sbb wujud nye orang-orang cmni.. aku pun kena tuduh main MH... apakah?????? perrro sgt ke sampai kata aku main MH..... muahahaha... apalah.... :D

Garena patut improve untuk halang benda-benda remeh cmni berlaku.. MH, Leaver, Racist... kalo tak.. susah ler....

Tadi baru aku tengok replay MYM (salah satu Clan yang famous)... perghh.. memang masyuk gila.... skill.. timing.. semua padat... teamwork tak usah nak cakap la...... macam sorang je main... satu kepala.. satu idea... ngeee..............

tu je la kot nak cite utk hari ni.. selamat berdota.. huhu... n selamat berpuasa... XD

Monday, August 9, 2010

Brave Heart (1995)

Dari dulu lagi aku penah dengar pasal cite braveheart nie, tapi tak penah tau apa lahh cite ni best sangat sampai jadi "best movie ever" buat sesetengah orang.... Last-last tergerak gak hati nak download cite nie, memang bersemangat betul nak layan cite-cite yang boleh menarik hati orang.... Antara komen dieorang, "Whoever hated this movie is braindead. The movie is no doubt the best movie ever".. hah.. sampai jadi "otak mati" sape-sape yang benci movie nie, then di susuli dengan anatomi yang menguatkan lagi ke pegangan die bahawa cite nie best!... sebab tu aku cube nak try tengok apa yang best sangat... :D

ok lah, macam biasa, juri tak bertauliah ni nak komen pasal perihal benda tanpa berlesen pun, apatah lagi berbayar.. aku cume nak ketengahkan pendapat sendiri jer.. haha... cite yang mempunyai tempoh agak panjang iaitu 2jam47min... tempoh yang boleh melenakan sesiapa saje pada tengah-tengah malam..... penah dulu aku tengok cite yang tokbess (tak best), 10min pun da cukup buat aku terlelap.. haih... buang masa betul.. mana tak nyer.. boring!! booo~ (nama movie tu the dead undead) pergh.. nama nak gempak jer... tapi jalan cite... hampeh... maw cursor aku tak menyusur ke butang pangkah "media player" tu... HAHA!!!

berbalik pada Braveheart ni, cite ni sebenarnya cite sejarah scotland dan england pada zaman dulu. Mse Zaman tersebut ada lah seorang wira yang ayah dan abang dier kena bunuh oleh raja england... nama beliau William Wallace(lakonan TOM HANKS)... Dari kecik dia di train oleh pak cik dia... dari bahasa, permainan pedang dan daya fikir.... Bile da besar beliau kembali ke perkampungan beliau... di mana beliau hanya ingin mulakan hidup baru yang aman damai... kekurang hajar-an askar England akhirnya mencetuskan kemarahan william wallace yang akhirnya ingin menuntut "freedom" dari kerajaan England..... Peperangan demi peperangan akhirnya beliau berjaya menawan kota YORK (salah satu kota jajahan England pada masa tu)... kekuatan tentera William akhirnya menimbulkan kemarahan Raja England(longhanks)..... Longhanks sangat terkenal dengan kezalimannya... William yang semakin membuak-buak meminta pertolongan dari nobles scotland yang akhirnya bersetuju membantu William untuk menyertai peperangan, namun akibat daripada kekayaan harta duniawi, mereka bertindak berpaling tadah menyebabkan pengakhiran yang menyedihkan buat tentera William... Ramai yang terbunuh.... Sekembalinya William ke Scotland selepas sembuh dari kecederaan, beliau memburu setiap ketua nobles yang berpaling tersebut.... tetapi lagi sekali beliau di khianati oleh warga scotland sendiri yang tamak oleh harta yang dijanjikan England... William ditangkap dan dihukum mati dengan terseksa... Perkataan terakhir yang terpacul dari mulut William..... "FREEEEEDOOOOOMMMMM!!!!!"....... betapa beliau inginkan kebebasan.. bukan untuk dia... bukan utk orang lain... tapi untuk scotlands......... Jika kisah beliau adalah benar.. pasti beliau adalah seorang tokoh yang paling berwibawa dalam sejarah Scotland...... pada 1314, scotland mencapai kemerdekaan mutlak......

Hehe.. tu la sinopsis sedikit sebanyak pasal braveheart ni... lakonan tom hanks sebagai pewira romantis sangat menjadi...... di mana kematian Isterinya lah yang menyebabkan titik permulaan perjuangan beliau..... Sentuhan Mel Gibson juga sangat teliti di setiap aspek... Hampir tiada satu scene pun yang dapat membuatkan anda mengalihkan anak mata... mungkin tidak sempat mengerlik pun.... huhu.....

keseluruhan cite ni agak seronok yang menghiburkan.. dan padat dengan aksi... ada kelakar.. ada sedih... ada serius... memang padat.. lengkap.... dan mantap... jadi aku pun bersetuju dengan pendapat ramai orang... memang cite ni best movie ever.. tak sia-sia habiskan masa selama hampir 3jam di hadapan pc nie.. hehe...kalo tak percaya anda boleh tengok sendiri... n aku bagi *4.99/5 untuk filem ni... untuk full mark... pun boleh..... hoho...

By The Way... Caya lah Lu PAKCIK MEL GIBSON!... hehe... xD

Tuesday, August 3, 2010

Mari Skodeng Artis Baru

Haha, tergerak juga hati ni pasal nak bagi pandangan sesetengah orang yang bajet "artis berlagak baru naik". Baru nak femes, sudah menyombong dengan kawan-kawan.. (kisah ni dapat tau dari member satu kampung dengan artis)..

Lagi sedih bila nak mem"barat"kan diri...Wakaka!!! apa da, da la baru nak naik, cube berlagak cakap mat Salleh tapi tergagap2x.. then mau comment pasal orang pula. Bahasa Melayu ada, guna ajer. Ke B.M failed? ngehehe! sape taw. Tuan punya badan mesti lagi tau. Kehkehkeh... aduhai.. ckp BM sudah....... apa guna cakap Mat Salleh kalo peminat cume dari tanah air. (tu pun kalau ada la)

Ada sesetengah artis ni pula suka meraih simpati. Ada cerita sedih sikit jer habis sekampung nak di cerita, nak dapatkan simpati rakyat kot. Kalau semua cerita betul xpe, ni semua yg di cerita nak die jer betul. Biasa lah tu.. publisiti.... Ha, ada juga yang baru nak dpt kete Mercedes ( nak dapat bermakna belum dapat yer) tapi da kecoh-kecoh. Apa jadah.. Belum dapat tender 1juta lagi!!! da mengelamun entah ke mana.

Huh, artis tetap artis. Dalam lakonan lain. Real Life pula lain. Dalam lakonan bukan main baikkkk lagi. Siap pakai tudung, sopan santun, suciiii je nampak..... bile kat real life, Nauzubillah. Togok arak, cakap luncah.... haihhhh~ apa la mereka2x ni. Walaupun aku kadang2x jahat. Mulut xder insurans.. sekurang2x nye xder ar layan bnde haram cm2.. huh~ apa nak jadi.. nama islam... tapi noob... konon nya ilmu agama da banyak, atau rasa da banyak.. cakap bega, tapi act macam haremmm... anak Harun sungguh... ( macam aku cakap, aku bukan baik sangat tengok ayat sudahhhh.. >.< )

So, kepada artis-artis, dan kepada "act artis", cube lah muhasabah diri kita sendiri, di mana silap dia. Kalau ada salah, cuba lah tengok dari hujung pangkal. Mana tau itu silap sendiri, tapi cuba nak letak kat orang lain. Kalau pancing kat loji kumbahan dapat tahi jangan pula salahkan umpannya... :) jeling-jeling, amek iktibar. Peace!!

p/s: sedih tengok Tiz dalam Nur Kasih....... =="